"Papa, sabar ea papa, semua ni ujian dari Allah s.w.t. Redha dan Sabar dengan ketentuan Allah s.w.t. Papa kena kuat, adik sayang papa, adik nak jadi anak solehah, nanti kita jumpa di syurga tau, InshaAllah."
Assalamualaikum w.b.t. buat sahabat seagamaku,
Semoga kalian berada dalam rahmat Allah s.w.t sentiasa. Amin..
1 .Julai. 2011
Tarikh keramat yang tidak mungkin akan dilupakan seumur hidupku. Saat yang mana, jika diimbas kembali pasti menyentap jantung dan menggegarkan urat nadi disertai jujuran air mata...
Malam itu, ku berbaring diatas katil hospital bersama papa. Sayangnya ku pada papa..MashaAllah, Allah sahaja yang tahu... Walaupun sempit, namun tetap ku muatkan badanku dengan tangan memeluk seerat-eratnya badan papa.
"Adik baring sebelah papa ni,"
"Papa, ikut adik selawat ea... "

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
dan kami pun sama-sama berselawat, berzikir dan memuji2 Allah s.w.t.. Papa menyuruh beberapa kali membaca yaasin...Dalam kepekatan malam yang mengantukkan serta diri terasa amat penat, ku gagah jua walaupun waktu itu ku dalam keadaan marah dan tegang... tak tahu kenapa perlu ku marah...ahh. .menyesal sekali...
Tapi, malam itu, ku terasa suatu kelainan....sangat lain.....Sayu...
Ibu pun punya perasaan begitu....
Dan pagi pun menyinggah dan ku mengharapkan ada sinar baru yang akan membawa perubahan dan keceriaan..
Pukul 9 pagi...
Ku menyiapkan papa, memakai baju dan meletakkan wangian di badan..
"Good lah papa ni"..
Waktu tu papa sedang mendengar mp3, zikir munajat...
"Papa nak makan ape?"
"Tak nak makan"
"Kena makan, nnt papa nak makan ubat"
"Tak nak"
Pukul 11 pagi..
tiba beberapa doktor untuk membuat pemeriksaan ke atas papa...ketika itu papa cukup nervous bila dikerumuni oleh doktor2....ku cuba menenangkan papa...
Seketika sahaja ku lihat papa terlantar lesu di atas katil dari posisi duduk...
"sila keluar sebentar, kami nak betulkan kedudukan ayah awak"..
ku pun keluar dari ruangan katil atas arahan nurse...Dan kemudian aku kembali semula disisi papa, duduk ditepi katil...
Seorang doktor datang semula, memerhati keadaan papa..dia pergi dan kembali semula dan melihat serius muka papa...
"He's not breathing..he's not breathing..!"
Ku yang tergamam,terlompat dari kerusi, memegang perut papa...
tangan sejukku memegang perut papa..tiada berombak..kaku..
lalu tangan yang terketar2 diletakkan di hidung..
tiada..nafas.
saat itu, baru ku perasan muka papa sudah pucat lesi.....
jantung ku terhenti seketika..tertarik melayang, kaki xmampu berdiri...
"Ketepi, ketepi, we need CPR, call dr now!"
Ku dgr samar2 suara2 itu..kaki longlai melulu ke ibu....
"ibu...papa..ibu...papa"..
air mata mengalir...namun ibu yang hanya berdiri disisi, memeluk erat, mengucap kata sabar...
ahh.. ibu sangat tabah dan sabar, ibulah ratu hati, menguat jiwa ku selama ini.. ya, dia perlu tenang apabila menghadapai saat genting sebegitu, kerna anaknya ini tidak kuat dengan keadaan terjadi sekelip mata sahaja....
bibir tak putus2 mengucap doa pada Allah s.w.t supaya papa sedar..sedarlah papa..Allah..selamatkan papa..ampunkanlah dosaku Ya Allah.
dan doktor keluar..he's breathing back puan..
ALLAH...ALHAMDULILLAH...
ku masih xnampak papa..akhirnya langsir dibuka...subhanallah..
air mata hanya mampu mengalir..mengalir....dan mengalir...
along, achik sampai...dan kemudian alang, atam dan angah....akhirnya ateh...
masa yang sungguh kritikal...
alunan yaasin dibaca berulang-ulang beserta kalimah syahadah disisi papa..

dan pada Allah sahajalah kami berserah, berdoa dan bertawakal..
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Bermula lah episod baru dalam keluarga ku...
Qada' qadar dan takdir Allah s.w.t yang penuh hikmah..
Menyerahkan diri dan redha di atas ketentuan Allah s.w.t
Mengurniakan petunjuk dan hidayah,
Mengukuhkan ikatan kekeluargaan,
Mengajarkan erti kesabaran,
Menghargai pengorbanan ibu yang tak ternilai harganya pada seorang yang bergelar suami....
Memahami erti kasih sayang...
dan macam2 lagi...mashaAllah..terlampau banyak hikmah yang Allah s.w.t kurniakan pada kami...
ada ketika ku terasa tidak mampu untuk keluar dari segala kesusahan, kesedihan ,kepayahan dan musibah ini...namun semuanya terjawab apabila Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Insyirah , dua kali Allah s.w.t ulangi, iaitu
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" ayat-5
"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" ayat- 6
Subhanallah..Jadi, ape lagi yang harus ku kesal kan? sesungguhnya Allah s.w.t adalah sebaik baik perancang...
8. Oktober. 2012
Ku kira setahun yang lepas, ku dan keluarga tidak mampu untuk menghadapi ujian ini, namun hingga ke hari ini, kami sabar, kuat dan redha dengan apa yang terjadi.. Ceria dan gembira mendepani hari mendatang dengan menjaga dan melayani papa dengan penuh kasih sayang..
Sesungguhnya, Kesemua yang kami alami ini adalah rahmat dan nikmat dari Allah s.w.t.. Hal ini kerana ku percaya dengan kata-kata Allah s.w.t . Ku susunkan turutan firman2 Allah s.w.t dalam ayat-ayat al-Quran tersebut...
1. Kenapa ku di uji?
Al-Ankabut (ayat2-3)
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji? dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,...."
2. Susahnya ujian ini.. :(
Surah Al-Baqarah(ayat 286)
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
3. ku tak suka menghadapi ujian ini...
Surah al-Baqarah (ayat 216)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..Allah mengetahui sedang kamu tdk mengetahui.."
4. ku amat sedih Ya Allah...:(
Surah Al-Imran (ayat 139)
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman"
Terjawab semua persoalan.. Ku tidak sesekali menganggap apa yang terjadi sebagai suatu musibah.. Kerana barangkali musibah adalah rahmat dari Allah s.w.t seperti mana Allah s.w.t menyatakan dalam surah
Al-Baqarah.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
Ku amat bersyukur kerana Allah s.w.t masih memberikanku nikmat untuk melihat, memegang, memeluk, mencium, menjaga papa . Berbandingkan orang lain yang mungkin tidak punya peluang sebegini...walaupun papa tidak dapat membalas kembali apa2...hanya dengan kerdipan dan linangan air mata, ku tidak gusar kerana ku tahu, papa mendengar dan memahami apa yang telah ku lakukan....
Inilah hikmah yang Allah s.w.t anugerahkan pada ku iaitu untuk berbakti kepada papa dan dengan itu dapat ku menebus kembali kesalahan2 ku pada papa dan juga jalan untuk menghapuskan segala dosa silamku, menjadikan ku seorang yang sabar, menghargai besarnya nilai pengorbanan dan kasih sayang papa dan ibu dan yang amat penting ku sedar bahawa nikmat yang Allah s.w.t berikan pada hambanya boleh ditarik bila..bila masa...dan bermacam2 lagi hikmah..tidak dpt ku senaraikan...
MashaAllah...
Walau apa jua halangan dan ujian mendatang, berbaik sangkalah pada Allah s.w.t
Sabda Rasulullah s.a.w
"Berfirman Allah Ta'ala: Aku berada pada sangkaan hambaKu, terhadap diriKu, dan Aku sentiasa bersamanya setiap ia mengingatiKu."
"Innakala tukhliful mi'ad" (sesungguhnya Allah selalu menepati janji)..
Setelah 1tahun 3 bulan 10 hari berlalu, diiringi dua, alunan ayat quran, usaha getir, kata2 peransang dan limpahan kasih sayang kepada papa, kini, banyak perubahan positif yang berlaku ke atas papa.. Kesembuhan yang Allah s.w.t anugerahkan pada papa..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
"Dan apabila aku sakit. Dialah (Allah) yang menyembuhkanku” (As Syu’araa: 80)
Ya, Sesungguhnya Allah s.w.t maha penyembuh...Terima kasih Allah s.w.t!
Ya Allah s.w.t semoga Engkau memberikan kesembuhan dan kekuatan kepada papa, dipermudahkanlah segala urusan didunia dan diakhirat..
Ya Allah, Engkau Ampunilah dosa paa dan masukkanlah papa kedalam syurgaMu..
Ya Allah terima kasih kerana Engkau mengurniakan ku ibu yang baik, keluarga yang baik dan sahabat yang baik disekilingku..
Engkau Rahmatilah keluargaku, berikanlah kami kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi ujian Mu , agar kami tidak sesekali berputus asa padaMu..
Amin Ya Rabbal A'lamin..
Kalam terakhir,
Buat sahabat saudara seagamaku, sayangilah ibu bapa kita, sebagaimana mereka menyayangi kita sejak kecil. Luahkan lah perasaan sayang, kasih, memeluk erat mereka sementara mereka berada di depan mata sebelum rasa penyesalan menyinggah ke hati. Bagi yang sudah tidak punya ibu atau bapa, sedekahkan lah mereka Al-fatihah dan doakan mereka tenang disana.
No comments:
Post a Comment