Buat sahabat yang dikasihi. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t Agak lama sudah tidak mengemaskini blog ana ni. Agak sibuk untuk beberapa ketika. Jadi kali ini ana nak share ilmu tentang tajuk 'HATI-HATI MENJAGA HATI'. Tajuk menarik kan? ;). Sebenarnya kata-kata ini dipetik daripada seorang penulis dan pendakwah yang ana kagumi iaitu Ust. Pahrul Md Juoi.
Jazakallahu khayr ustaz, di atas perkongsian ilmu di Seminar Baitul Muslim tempoh hari. Semoga Allah s.w.t meredhai ilmu yang disebarkan. Amin.
Sabda Rasullulah s.a.w:
‘Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.’
Pada tahap skala manakah kedudukan hati kita? suci bersih atau kotor kusam?
Apabila melibatkan persepsi tentang perikalu seseorang manusia pasti dikaitan dengan hati.
Seorang Dermawan : "Encik A ni rajin sangat bersedekah. Hati die memang baik"
Seorang Pencaci : " Ishh.. Cik B ni suka sangat mencarut. Hati dia memang busuk!
Seorang Dermawan : "Encik A ni rajin sangat bersedekah. Hati die memang baik"
Seorang Pencaci : " Ishh.. Cik B ni suka sangat mencarut. Hati dia memang busuk!
Lihat, benar apa yang Rasulullah s.a.w sabdakan. Perilaku manusia bersangkutan dgn peranan hati yang dipupuk oleh manusia itu sendiri. Samaada ingin menjadikan hati suci bersih atau kotor kusam.
Bila berbicara tentang baitul muslim / perkahwinan, peranan hati yang baik membantu pasangan untuk mengemudi bahtera perkahwinan dengan lebih cemerlang. Itulah sebab perlu adanya pengurusan hati.
Bila berbicara tentang baitul muslim / perkahwinan, peranan hati yang baik membantu pasangan untuk mengemudi bahtera perkahwinan dengan lebih cemerlang. Itulah sebab perlu adanya pengurusan hati.
Bagaimana nak mengurus hati?
"Dua hati, satu rasa = perkahwinan"
"Dua hati, satu rasa = perkahwinan"
Oleh itu, suami isteri perlu bersatu hati dengan kaedah :
1. memanfaatkan persamaan
2. menguruskan perbezaan
Jika tiada pengurusan hati, pasti kita akan melihat perbezaan sebagai negatif yang akhirnya mengundang pergaduhan, terkecil hati dan dendam.
Suami isteri harus sedar bahawa bila ada kepelbagaian, baru ada keistimewaan seperti mana fitrah Allah s.w.t menjadikan manusia yang berbeza antara satu sama lain.
Seseorang mempunyai hati yang bersih, pastinya imannya cukup mantap. Hal ini kerana dia menjaga sebaik mungkin hatinya daripada anasir dosa yang akan menyebabkan kemurkaan Allah s.w.t dan merawat hati dengan amalan-amalan mengagungkan Allah s.w.t dan sentiasa meningkatkan pahala dirinya.
Bila adanya iman, akan hadir kasih sayang. Itulah sebab perlunya mencari pasangan yang beragama dan beriman pada tali Allah s.w.t. Kerana akhirnya akan menimbulkan perasaan kasih sayang antara suami isteri dan penyatuan hati.
Makin tinggi iman pada Allah s.w.t,
Makin tinggin kasih sayang sesama manusia,
*Iman berkadar terus dengan kasih sayang"
Mudahkan? ;)
*Iman berkadar terus dengan kasih sayang"
Mudahkan? ;)
Bagaimana iman menyatukan hati manusia?
HUKUM KASIH SAYANG = JIKA MAHU KASIH SAYANG, KENA BERI DAHULU KASIH SAYANG.
tapi, mengapa tak boleh memberi kasih sayang?
Hal ini disebabkan oleh dua punca iaitu EGO dan PENTINGKAN DIRI.
Itulah penting iman untuk leburkan kedua-dua cas negatif ini. Bila dah tiada sifat mazmumah, baru iman dapat satukan hati-hati manusia. Maka jagalah hati-hati kita untuk dapatkan iman yang sempurna dan akhirnya hadirkan kasih sayang hanya kerana Allah s.w.t
Akhir kalam, sayangi diri kita untuk sayangi orang lain. Bila kita sayangi diri kita, kita akan kenal pencipta. Bila kita tak kenal dan cinta pada pencipta, Allah s.w.t kita tidak akan sayangi diri dan tiadalah iman dalam hati.
Waullahu'alam
No comments:
Post a Comment