Ape Khabar antum semua? semoga berada dalam keadaan yang sihat dan ceria. Amin..
Entri kali ini, saya nak berkongsi tentang perihal perbualan antara saya dan ibu...
Suatu pagi..
Ibu: " Anak- anak boleh menyebabkan ibu bapa tak masuk syurga. Tersekat untuk memasuki syurga akibat daripada perihal dan kelakuan anak2. Mak takut jadi begitu. Itulah mak salu ingatkan semua anak-anak2 mak. Kesian kalau xdapat masuk syurga."
Saya: Terdiam..sambil mengiakan apa yang ibu cakap.. MashaAllah, takutnya kalau saya yang menyebabkan ibu dan papa tersekat dari masuk ke syurga... :((. Ibu, ampunkan dosa adik....
Benarlah bahawa seorang anak boleh menyumbang pahala dan dosa kepada ibu bapanya. Teringat kata2 Prof. Dr. Muhaya.
"Saya sangat pentingkan didikan agama kepada anak saya. Ingatkan pahala, dosa, syurga, neraka. Ada suatu saya berdoa kepada Allah s.w.t supaya ambillah nyawa anak saya sebelum baligh jika dia akan melakukan maksiat ketika besar. " (lebih kurang begini yang dikatakan beliau)
Kemudian Prof. Dr. Muhaya kata lagi,
"Penat ibu, bapa bekerja, buat amal kebaikan dan kebajikan, tetapi angkara anak menyebabkan pahala mereka berkurang."
Maka saya ingin mengingatkan diri saya dan antum sekalian Jagalah perilaku, aurat dan tindakan agar dapat menjadi anak soleh dan solehah yang akhirnya menjadi tiket 'business class' untuk membawa ibu bapa ke syurga.
Kepada saudara islam saya yang telah kehilangan ibu atau ayah, atau kedua-duanya, ingatlah bahawa segala perilaku di atas dunia ini, akan membawa pahala dan dosa kepada ibu, bapa kita di dalam kubur...
Maka, sanggupkah kita untuk membiarkan ibu bapa diseksa atas perbuatan kita?...Nau'dzubillah
Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang berbunyi:
رغم أنفه من أدرك والديه عند الكبر أحدهما أو كليهما فلم يدخل الجنة
Maksudnya: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.”
Adalah ruginya jika mensia-siakan peluang ini. Kerna kita tidak mahu rugi tika di Padang Masyar. Melihat ibu bapa yang lain masuk syurga tp bukan ibu bapa kita hasil dri perbuatan kita di dunia dahulu.. T_T
Nauzubillah..
Moga Allah memelihara, memilih dan menjadikan kita anak yang soleh dan solehah buat ibu bapa tercinta.
Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Luqman ayat 14,
"Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya (bercerai susu) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu; hanya kepada Ku lah kamu kembali".
" Ya Allah, kasihilah kedua ibu bapa ku, sebagaimana mereka mengasihi dan menjaga ku sejak kecil dan tempatkan lah mereka kedua di jannah"
Amin..
Kenangan di Masjidil Haram, Jun 2011
Ziarah di Madinah Al-Munawwarah
No comments:
Post a Comment