Monday 18 June 2012

PROGRAM CINTA MASJID TV AL HIJRAH



Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini saya nak share tentang Program Cinta Masjid yang telah saya hadiri pada 17 Jun tempoh hari.


Penganjur utama program ini ialah STESEN TV AL HIJRAH

"SEGALA NYA BERMULA DI SINI"

Ribuan tahniah dan terima kasih ingin saya ajukan pada TV AL HIJRAH  kerana telah menganjurkan progran seumpama ini. Kemunculan TV AL HIJRAH sememangnya merupakan fenemona terbaik dalam sistem penyiaran tv di Malaysia. Program2  keagamaan yang di siarkan di TV Al HIJRAH amat2 bermanfaat dan sememangnya berguna kepada rakyat Malaysia yang "dahaga" kan ilmu2 agama dan cerita2 berunsur islamik pada masa ini.

Antara program TV AL HIJRAH yang menjadi kegemaran saya ialah:
1. 30 minit bersama Ustaz Don
2. Assalamualaikum
3. Soal Wanita
4.  Bicara
5. Dr. Oz
6. Man Jadda Wa Jadda
7. Ejen Halal

Selain daripada itu, TV AL HIJRAH juga merupakan perintis yang menganjurkan program CINTA MASJID yang bertujuan untuk menjadikan masjid tempat perkongsian ilmu malah program ini adalah sebagai medium untuk mengimarahkan masjid dengan penyertaan rakyat Malaysia dalam aktiviti2 islamik yang telah dilaksanakan. Alhamdulillah. Syabab di ucapkan!

Walaupun bilangan rakyat Malaysia yang hadir ke Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam tidak sebanyak bilangan rakyat  Malaysia ke HIMPUAN SEJUTA BELIA 2012, tetapi kehadiran jemaah yang hadir mengimarahkan masjid tetap membanggakan. Terima Kasih kepada semua yang hadir. Semoga Allah s.w.t memberkati segala ilmu yang diperolehi.

Khemah Utama

                                          Indahnya                      Jemaah mendengar kuliah Maghrib

Kehadiran saya ke program Cinta Masjid kali ini adalah kerana saya menjadi volunteer untuk Aqsa Syarif Subang Jaya yang telah membuka booth di perkarangan masjid shah alam. Shift saya bermula dari jam 8.30 pagi sampai 11 stgh malam. Walaupun masa nya agak panjang tapi tak terasa penat kerana asyik melayan para pengunjung yang tak jemu2 menghulurkan sumbangan derma ikhlas, mendaftar dalam skim tajaan keluarga miskin dan anak angkat Palestin serta yang ingin bertanyakan tentang situasi di gaza dan projek2 yang telah berjaya dilaksanakan oleh Aqsa Syarif di Gaza.

Alhamdulillah!
SYukur ke Hadrat Allah s.w.t kerana Aqsa Syarif Subang Jaya berjaya mengumpul derma sumbangan ikhlas
sebanyakRM9K+++
Terima Kasih rakyat Malaysia yang dermawan dan ikhlas.
Semoga Allah s.w.t memurahkan rezeki kalian serta mendapat ganjaran pahala diatas sumbangan dalam perjuangan rakyat Palestin. Amin Ya Rabb...

Bendera Palestin berkibar dengan Megahnya

Jualan T-shirt dan Beg  berharga RM25

                                                                            
Booth Aqsa Syarif

Gambar2 Projek AQ di Gaza: Kilang Roti, Ladang Lembu Tenusu dan Kolam Ikan Air Tawar

Sunday 10 June 2012

A Moment to Remember with Oki Setiana Dewi & Wardina Safiyyah

Assalamualaikum w.b.t
Shabab dan akhuwat yang dihormati, semoga kalian sentiasa berada dibawah lindungan rahmat Allah s.w.t Entri kali ni nak bercerita tentang program anjuran OneHeart Creative Solutian iaitu......




Panel untuk program ni adalah Oki Setiana Dewi  (Anna Al-Thafunisa) dan Wardina Safiyyah dan program ini exclusively hanya untuk wanita sahaja ;)). Frankly sepaking, sy sebenaqnya xpernah kenal Oki ni sebab saya belum sempat lagi menonton filem 'Ketika Cinta Bertasbih' sebelum ni. Subhanallah. Ada nur diWajahnya. Kelihatan  cantik berseri2, memakai pula jilbab labuh berwarna hijau sudah cukup melengkapkan dia sebagai ikon muslimah pada masa kini.

Kemunculan Oki di awal program tidak disangka2, hadir ke pentas utama dengan memakai niqab yang disangkakan sister yang ingin tampil kehadapan untuk membuat persembahan. Namun sangkaan melesat, apabila membuka niqab, kelitahan wajah ayunya seenak suaranya yang mengalun puisi indah. Subhanallah.
Oki pada mulanya bukanlah wanita seperti yang sy lihat sekarang, perubahan diri dengan memakai jilbab telah mentransformasi dirinya menjadi wanita muslimah yang mendambaan cinta dan redha Allah s.w.t.  Bait-bait  kata yang ditutur semasa sesi bual bicara memang cukup santun dan terbuai.

Antara kata2 Oki yang saya catatkan ialah:


1. "Berprasangka baik pada Allah s.w.t (Berkhusnuzah)"

Untuk melakukan perubahan, walaupun bermula dengan bertudung, pasti Allah s.w.t akan mempermudahkan urusanmu untuk mencari keredhaanNya. Pasti kemudiannya kamu akan mendapat:

1. Kawan yang baik
2. Pekerjaan yang baik
3. Kehidupan yang baik

2. "I'm not alone, Allah is always with me"

Absolutely! Ketika Allah menguji saya dengan beberapa perasaan sedih dan gembira, itu adalah petanda bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama saya. Thank you Allah!! 

3. "Setiap pekerjaan perlu bermanfaat untuk diri sendiri, orang lain dan demi mendapat keredhaan Allah s.w.t"

Bermuhasabah dan berfikir sejenak, apakah pekerjaan dan perlakuan yang dilakukan sehingga ke hari ini bermanfaat untuk agama, diri dan negara? Selepas ini perlu lebih prihatin dan berhati dengan segala pekerjaan yang ingin dilakukan agar tidak terjerumus dengan dosa tapi perlu ditambahi dengan pahala.  

4. "Bila kita buat baik, Allah akan gantikan perkara yang lebih baik"

Bersyukurlah dengan nikmat Allah s.w.t. Seperti dalam Surah Ibrahim ayat ke 7. Allah s.w.t berfirman;

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu meningkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” 

5. "Solatku, Ibadahku, Hidupku, Matiku hanya kepada Allah s.w.t"

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)

Minimum seminggu sekali mesti menghadirkan diri dalam aktiviti usrah. Hal ini kerana menerusi usrah, banyak ilmu2 agama dapat diperolehi malam dapat juga memperbaiki mutu bacaan al-quran. Sentuhan al-quran mampu mendekatkan diri pada Allah s.w.t

Kemunculan Wardina pula seperti yang kebiasaannya, dia memulakan dengan bacaam surah An-Naziat berselang seli dengan anaknya. Sungguh merdu. 

Antara kata2 Wardina yang saya catatkan ialah:


1. "Wanita yang BIJAK, ialah wanita yang BERFIKIR"

Sekiranya melakukan sesuatu tindakan atau pekerjaan tanpa berfikir, nescaya keputusannya kelak pasti tidak membuahkan hasil dan tidak berjaya. 

2. "Mesti ada KNOWLEDGE"

Ilmu sangat penting bagi seorang wanita. Dengan kebijakan ilmu, wanita akan menjadi idol. Hal ini terbukti dengan ketrampilan Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah, Saidatina Aisyah dan wanita2 terbilang islam  yang menjadi aspirasi bagi muslimah2 pada hari ini.

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Al Mujadilah : 11)

3. "Be different! Mantapkan diri dengan ilmu"

Sesungguhnya ilmu Allah s.w.t maha luas. Pelajarilah ilmu2 yang ada disekililing kamu. Bukan hanya fokus pada ilmu akademik tetapi tambahkan ilmu2 kemahiran seperti:

  • ilmu memasak
  • ilmu menjahit
  • ilmu berhias
  • ilmu rumahtangga
  • dll.
ALERT!!
1.Wanita perlu kompeten dalam segala segi 
2. Kehadapan untuk menegakkan kebenaran.
3. Menambah ilmu dan mempertajamkan creative thinking. 
4. Mempunyai rancangan/ target dalam hidup.

MERAWAT HARI RIAK:
1. Banyakkan istigfar
2. Berkawan dengan semua orang
3. Ikhlaskan hati

Friday 8 June 2012

Moist Cake For IBU

Assalamualaikum w.b.t and Good day to all !

Today i baked a cake for My IBU ;)


baked in the oven

taraaaa.. done!

ready to serve ;)