Sunday 30 September 2012

My Best Friend's Graduation


Assalamualaikum w.b.t

Dari Anas bin Malik ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."(Ibn Majah dan lain-lainnya)

Entri ini sy tujukan buat dua orang sahabat  saya yang telah berijazah pada  minggu lepas di Universiti Sains Malaysia.

Mabruk! 
Tahniah!
Congratulation!

Kepada dua wanita yang dicintai iaitu Nur Fadhilah Othman dan Maisarah Binti Mahari,
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah s.w.t diatas nikmat yang dilimpahkan dan akhirnya kamu berdua Berjaya menamatkan zaman undergraduate..^_^"

Memang banyak liku dan cabaran yang dilalui, perit, penat dan macam2 lagi tapi semua pengalaman ini membawa seribu hikmah  antaranya  untuk menguji tahap kesabaran dalam  perjalanan untuk memperolehi bidang ilmu Allah s.w.t yang amat luas dan mengecapi redha Nya.. 

Dan jangan kamu berdua merasa  terbeban dengan segala kepayahan sewaktu belajar...

Nabi saw telah bersabda (mafhumnya), "Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan dari jalan-jalan syurga..."..

Bahkan dengan  ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia.

Allah s.w.t berfirman  di dalam surah Surah al-Zumar, ayat 9

“Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"


MArilah kita sama2 memungut sebanyak mana ibrah dalam proses pencarian ilmu ni ye fedit n mai.. Belajar dan terus belajar!!


Buat Fedit @ Ucuk,

Kite sangat bangga dengan kamu. 4 tahun perkenalan yang bermula di atas bas sehingga lah ke saat ini, kita rasakan suatu nikmat yang Allah s.w.t kurniakan untuk kite belajar erti kasih sayang dan pentingnya sebuah persaudaraan yang erat..

Kite bersyukur sgt sebab kamu sentiasa ada masa susah dan senang. Masa sedih dan Gembira, Masa frust dan kecewa, Masa angau dan perasan. Alhamdulillah kerana Allah s.w.t adakan kamu untuk kite..

Walaupun sepanjang perkenalan kite ni banyak sgt bergaduh,
sampai terasa macam hati ni bagai dihiris sembilu,
tapi bila bergaduh tu,

baru faham tentang perangai baik buruk masing2
baru perasan pentingnya ada kamu untuk bercerita
baru rasa sedihnya bila kamu takda..
baru tahu susahnya jika tiada teman nak jalan kesana kemari...

Jazakallahu khayr ucuk!, Semoga Allah s.w. membalas kebaikan kamu membantu kite dan kesabaran melayan kerenah kite yang macam.2 (kamu je tahu mcm mane kan?. heehe :P)

Mohon juga Allah s.w.t merahmati dan memberi perlindungan pada kamu dan keluarga sentiasa

I love u fillah!. 

Buat Mai,
Alhamdulillah,
Mai sayang, Tahniah untuk kamu..kite bbangga dengan kamu. Akhirnya dah habis belajar pun.. mesti cam tak percaya kan? . Ingat lagi masa sem kamu dok buat thesis, nak keluar makan pon susah..kite je nok pi bilik kamu sembang2 sekejap. hehe..

ingat dop? :).
Mai, kite bersyukur sangat dapat berkawan dengan kamu yang penyabar dan sangat romantik & penyayang orang nya.. cuma kamu tak tunjuk.. tapi kite tahu sgt. Walaupun baru jugak mengenali kamu masa kita berdua sama2 pergi exchange  programe ke UBC, Vancouver tapi itu bukan menjadi ukuran tahap keakraban persahabatan antara kita..

Sebenarnya terlalu banyak pengalaman manis yang kita berkongsi bersama,

Menjelajah Benua utara amerika,
Melintasi bandar2 dari timur ke barat Kanada,
Menaiki bus selama 68 jam,
Menyaksikan air terjun Nigara

Alhamdulillah!
Perjalanan mencari ilmu di negara orang, merupakan asbab yang Allah s.w.t kurniakan untuk kite mengenali kamu. Semoga hubungan kita akan tetap utuh walaupun dikejauhan..

Jazakallahu Khyar atas pertolongan, sokongan, kesabaran pada kite dan menjadi seorang pendengar yang baik. Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas kebaikan kamu di dunia dan di akhirat..Amin

Semoga Allah s.w.t merahmati dan meredhai kehidupan kamu, melimpahkan rezeki dan kekuatan dalam menjalani kehidupan di bumi Allah s.w.t ini.

I love u fillah!
Antara momen-momen istimewa kita bersama!




Nur Fadhilah Othman

               Maisarah binti  Mahari                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

Thursday 27 September 2012

Menunggu Kinabalu.


Assalamualaikum w.b.t.

Pada 23 -25 September 2012 yang lepas, saya telah berpeluang untuk ke negeri di bawah bayu atas urusan kerja dibawah kelolaan syarikat Vision Karisma. Bertindak sebagai pembantu konsultan, saya bertugas membantu konsultan, Cik Noor Juliana dalam menguruskan Kursus Pra Persaraan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia agar program ini  berjalan dengan baik dan lancar.

Perjalanan yang singkat ini amat menyeronokkan. Ini merupakan pengalaman kali pertama untuk menjejakkan kaki ke Sabah, apatah lagi untuk menyaksikan Gunung Kinabalu.

Kursus ini dilaksanakan di Celyn Resort Kinabalu Kundasang, Sabah. Perjalanan ke kundasang dari kota kinabalu mengambil masa lebih kurang 3 jam (termasuk berhenti untuk membeli belah). Perjalanan dirasakan amat jauh sekali namun begitu, kedinginan angin pergunungan meghilanglah penat lelah perjalanan...

Permandangan di kundasang amat menenangkan..Melihat gunung ganang, kehijauan pokok dan udara yang amat segar, menyebabkan lidah tak berhenti mengucap syukur dan berzikir pada Allah s.w.t dengan segala ciptaanNya.  MashaAllah.. Memang benar lah firman-firman Allah s.w.t.. Lihatlah pada gambar yang sempat saya tangkap ketika berada di sana..


    "Dan kami hamparkan bumi itu dan kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh dan kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata." (Qaaf: 7)




Permandangan dipagi hari, sungguh mempersonakan gunung kinabalu.



Permandangan dari Celyn Resort.

Selamat tinggal Gunung Kinabalu. Semoga bertemu lagi

Gunung ganang, Pokok menghijau

Guning Kinabalu ditutupi Awan


Friday 14 September 2012

Jangan Persoal , Mari Bersyukur!

Assalamualaikum w.b.t.

Bimillahirrohmanirrahim...
Entri kali ini, saya mahu mengajak semua untuk berhenti mempersoal, tetapi bersyukurlah dengan nikmat yang Allah s.w.t kurniakan..

bagaimana ea? ok. begini....

Kadang kala kita sering terfikir "kenapa aku tak sakit?" atau "kenapa kesakitan tak timpa kat aku, kenapa org lain?". kita mesti bersedih, kesian, simpati dan empati tambahan lagi di alami oleh keluarga, sahabat dan kenalan kita. Sebenarnya ada hikmah disebaliknya..

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286,


 “Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya."

Jadi, kita tak sakit atau kesakitan x timpa kat kita kerana Allah s.w.t tahu tahap kemampuan kita. Barangkali bila kita sakit, kita tak sanggup tanggung lagi lalu berputus harap dengan pertolongan dan rahmat Allah s.w.t. Allah s.w.t sayang kita, Dia jaga kita dengan beri kesihatan.

Dan kesihatan yang dikurniakan itu digunakan semula dengan membantu orang lain dalam kesakitan, mendoakan kesejahteraan dan mengambil ibrah setiap kali menziarahi mereka.

Ingat, bahawa kesihatan juga suatu ujian. Manfaatkan sebaiknya dan janganlah kita asyik berfikir mengapa dan mengapa kita tak sakit, sesungguhnya Allah s.w.t jua maha mengetahui hal di langit da dibumi. Mari Bersyukur dengan nikmat kesihatan dan usia! ;)

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim Ayat 7)

Tuesday 11 September 2012

Ingatkan daku sahabat...

Assalamualaikum w.b.t

Buat sahabat ana yg disayangi, setelah selesai ana membaca surah ad-dukhan, lalu terlintas dalam hati ini, biarkan sahabat2 ana menegur kesalahan dan menasihati ana kearah kebaikan sementara ada masa di dunia ini..kerana Allah sudah berfirman pada ayat 40-43,

"Sungguh, hari kiamat adalah waktu yang dijanjikan untuk semuanya. Iaitu pada hari itu, seorang teman sama sekali tidak dapat memberi manfaa
t kepada teman lainnya, dan mereka tidak akan mendapat pertolongan, kecuali orang yang diberi nikmat oleh Allah. Sungguh, Dia Mahaperkasa, Maha penyayang"

Usaha Amar makruf nahi mungkar perlu diteruskan. Kerana waktu di dunia ini sahaja ana dapat bantu sahabt2..Maka, bantulah ana sekali : (Ana inginkan kita masuk ke jannatul firdaus bersama-sama..inshaAllah amin.




         ucuk meen 2005- present (Nasehah Syamin Sabri)


ucuk fedit 2008 - present (Nur Fadhilah Othman)

Monday 10 September 2012

PAC ASSESSMENT CENTRE 2012

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Semoga sentiasa sehat dan ceria  menjalani hidup diawal bulan september ni ;).
Entri kali ni, saya hendak kongsikan tentang pengalaman di PAC 2012 pada 4-5 September yang lepas.

Apa tu PAC?

PAC ini ialah program Assesement Centre  bagi urusan pengambilan pegawai tadbir diplomatik gred M41. Hanya individu yang berjaya lulus dalam ujian bertulis dan objektif pada peringkat awal pengambilan PTD M41 sahaja yang layak untuk menyertai program PAC ini.

Alhamdulillah syukur saya antara salah seorang peserta yang berjaya untuk ke peringkat kedua ujian PTD. Sejujurnya, saya tidak menyangka akan lulus dalam exam bertulis memandangkan ujian objektif yang saya rasakan agak sukar dengan masa yang singkat untuk menjawab keseluruhan soalan. Tambahan itu ujian kebarangkalian yang agak memeningkan memang terasa peluang untuk lulus amatlah tipis. Sejujurnya ulangkaji sangat penting sebelum memasuki exam bertulis. Banyak yang perlu dibaca dan diketahui.

Namun begitu, Allah s.w.t telah memberi rezeki pada saya untuk lulus peringkat pertama ujian PTD.
Pastinya peringkat kedua lebih mencabar. Saya membuat persiapan awal sebelum ke PAC iaitu dari segi fizikal dan mental, pengetahuan dan pertuturan.

Dalam PAC,
Peserta akan dinilai daripada sudut kerjasama dan partisipasi dalam kumpulan, gaya berkomunikasi (iaitu cara saya berkomunikasi, memberi pandangan dan melontar idea),  tingkah laku, kekuatan fizikal dan perucapan awam.

Pada hari pendaftaran, saya harus melaporkan diri di kampus Wilayah Tengah (Intengah). Masa pendaftaran adalah dari pukul 8.00 - 9.00 pagi. Dengan memakai pakaian formal, saya pastikan  tahap persediaan saya memuaskan dan biar kelihatan confident (walaupun sebenarnya saya akan tertekan dengan persediaan dan persaingan daripada peserta-peserta lain...tak mengapa..buat relax saja ;))

Program Assesement Centre amat menitikberatkan soal MASA. Peserta harus displin dengan masa.  Saya masih ingat lagi, apabila tepat pukul 9.05 pagi, pegawai PTD sudah mengarahkan untuk menutup pintu dan tiada lagi sebarang pendaftaran kepada mana-mana peserta yang lambat hadir.

Fuhh.. Nasib baik, saya sampai sebelum jam 9.00 pagi ^_^"

Hari pertama

1. Aktiviti dimulakan dengan perbincangan dalam Bahasa Melayu iaitu modul berkaitan kajian kes masalah penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh penjawat awam. Dalam modul ni, saya mengambil inisiatif untuk membacakan petikan yang diberikan oleh fasilitator kepada ahli kumpulan memandangkan kami hanya diberi dua kertas sahaja. Kemudian, kami perlu menjawab soalan yang diberikan berdasar petikan. Mudah sahaja. Anda perlu pandai bagi peluang pada orang lain. Give and take!


2. Aktiviti seterusnya juga sama, cuma perbincangan dalam Bahasa Inggeris. Dalam modul ini, peserta harus mengetahui dan memahami tentang operative management and operational level. Tips pertama yang ingin dikongsikan pastikan anda buat persediaan tentang topik ini sebelum ke PAC. Saya kurang arif tentang perkara ini memandangkan saya yang paling muda dan belum bekerja berbanding lapan anggota lain dalam kumpulan. Bagi mereka yang sudah bekerja, pastinya pengalaman dalam pekerjaan membantu mereka untuk menghuraikan lebih lanjut dan padat tentang operative management and operational level. Definitely a huge advantage for them.

3. Modul seterusnya ialah merancang projek. Kami harus berbincang dan melaksanakan suatu projek yang melibatkan objektif, aktiviti, bajet dan cara perlaksanaan. Disini saya sedar bahawa fasilitator dan panel menilai cara kita berinteraksi dalam kumpulan dan idea yang dilontarkan.

4. Kemudian untuk sesi bahasa inggeris, kami diberikan watak dan perlu mempertahankan watak berkaitan kes yang diberi. Saya mendapat watak "a young women with a son". Jadi mudah saya untuk mempertahankan diri saya dengan menggunakan anak saya sebagai stategi untuk menyelamatkan diri ;).

5. Aktivi kecergasan dimulakan selepas sahaja solat asar. Pastikan anda memakai baju berwarna hitam, tudung juga berwarna hitam dan sepasang kasut sukan yang selesa! Ujian fizikal ialah larian sejauh 2.4KM. Taklah jauh sangat. Tetapi harus berlari dan mendaki bukit itu amat memenatkan. Tips kedua ingin saya kongsikan ialah pastikan anda membuat persediaan fizikal. Saya sudah lama tidak bersenam makannya bertambah berat sejak habis belajar. Saya tak larat sungguh tapi semangat yang kuat saya pastikan sampai ke garisan penamat sebelum masa ujian fizikal tamat and I made it!. Alhamdulillah.

6. Aktiviti terakhir untuk hari pertama disudahi dengan ujian psikologi dan persiapan public speaking presentation  keesokan harinya..

Hari Kedua

1. Aktiviti dimulakan dengan perbincangan dalam kumpulan. Isu yang agak berat dan perlu critical thinking untuk mengulas jawapan dengan huraian fakta yang jelas. Bukan sekadar memberi contoh dan andaian.

2. Aktiviti terakhir ialah public speaking presentation on the topic that we chose yesterday. (It was randomly choose by us sebab dalam kotak cabutan bertuah gitu). Saya mendapat topik bertajuk internet banking. Syukur. Mudah sahaja ;). Saya mengambil contoh CIMBcliks. I was talking about the benefits of using internet banking. Alhamdulillah. Berjalan lancar cuma terlalu cepat habis. I should elaborate the point more which related to my own experience. Bila kita bercakap melalui pengalaman, maka akan lebih mudahlah dalam penyampaian and people would understand better. Unfortunately, because I was so nervous, I'd never thought about that. Lepas dah duduk baru teringat.

Haihh..lesson learnt!

Itu sahaja pengalaman yang boleh dikongsi. Banyak perkara yang saya telah belajar sepanjang 2 hari PAC ini. Terutama dari segi teknik berkomunikasi dan teknik berfikir serta belajar daripada pemerhatian terhadap gaya penyampaian peserta-peserta semasa mereka berbincang, berfikir melontar idea dan berucap.

Terima kasih Allah untuk peluang ini.
Semoga rezeki menyebelahi saya untuk ke peringkat seterusnya. Amin.






Roommate. Izatul ;)

 Lucky Number 118

Best Buddies!

Ladies  

  Study table

My room


Opera high heel ;) 

Tuesday 4 September 2012

Service to Parents

Assalamualaikum w.b.t

Imam Ja’far as-Sadiq (a.s.) narrates that a young man presented himself to the Rasulullah s.a.w and said that he wanted to participate in Jihad. 

Rasulullah s.a.w told him:
“Certainly, go for Jihad in the way of Allah. If your are killed you will be alive near Allah and be provided sustenance from Him. The recompense for your sacrifice would be with Allah. If you return alive 
your sins would be washed off as if your were a newborn child.”

This man said: 

“O Prophet of Allah, my parents are alive and they are aged and have great expectations from me. They do not like me to be away from them.”

Rasulullah s.a.w said:
“If that is so, then stay behind to serve your pare
nts. By Allah in whose hands is my life, to serve parents for a day and night is equal to a year of Jihad.”