Wednesday, 10 October 2012

Seminar Baitul Muslim, "Sebelum Aku Bernikah...."


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, minggu lepas saya telah memenuhi hujung minggu sy dengan menyertai program islamik yang di anjurkan oleh OneHeart Creative Solution..

Antum pula macam mana ea? ^_^



                                                 
                                                          
Tajuk program ini ialah Seminar Baitul Muslim, "Sebelum Aku Bernikah...."
fuyooo..kalau orang dgr tajuk ni orang kata,


 "ruffey kamu nak kawen dah ke? "

"dah sampai seru ke dah tu..."

tak, tak, bukan soal nak kahwin dah atau sampai seru ke belum.. tapi tujuan saya pergi ke program ini adalah untuk menimba ilmu, bak kata seorang panelis program ini,

"pelaburan yang paling penting pada hari ini ialah........pelaburan ilmu"

Ya, saya nak membanyakkan pelaburan ilmu lebih-  lebih lagi mahu memahami secara khusus mengenai makna sebenar baitul muslim. Pada masa yang sama ini merupakan jalan-jalan persedian saya menempuh alam rumah tangga nnt...

so, sesiapa yang nak kawen atau belum plan nak kawen, memang digalakkan sangat pergi..^_^"

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakak sy yg tersayang, Achik, Noor Juliana binti Khairuddin kerana telah belanja saya tiket untuk menyertai program ini. Achik sy yang memang banyak belanja tiket2 ke majlis ilmu ni. Memandangkan adik dia ni xkeje lagi so kena lah bayarkan..hehe..

Jazakallahu Khayr Achik! Moga Allah s.w.t memurahkan rezeki Achik dan memudahkan urusan achik dunia dan akhirat. Amin.

p/s: adik sayang achik, eventho kita kadang2 bertegang urat..bak kata pepatah, "air dicincang xkan putus"..hehe..mcm tulah analogi kita..
Alright,

Panelis untuk program ini MashaAllah...Tabarakallah semuanya mantop...mantop...

Dimulakan dengan Ustaz Pahrol Md Juoi dengan slot 'Pengurusan Hati', kemudiannya Ustaz Zaharuddin dengan slot 'Cari Jodoh langkah 1,2,3', Hilal Asyraf dengan slot 'Sebelum Aku menikah' dan ramai lagi ..

Terlampau banyak ilmu dan ibrah yang sy perolehi sepanjang program ini dari awal pagi sehingga lewat malam..Dengan harga tiket yang dikenakan, tidaklah sama dengan nilai ilmu yang dikecapi..Semoga semuanya bermanfaat dan dimanfaatkan kepada org lain.. Bersyukur sgt..Thank u Allah s.w.t.!

So, disini saya nak buat sedikit summary tentang program baitul muslim ini, untuk lebih terperinci tentang isi2 setiap slot dalam program, saya akan menulis dalam entri baru..ok? ;)

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Nur ayat 32:



Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Allah s.w.t juga berfirman di dalam surah al-Rum ayat 21:


Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.

Menerusi ayat al-quran di atas sudah jelas bahawa perkahwinan adalah suatu jalan yang Allah s.w.t sediakan bagi hambanya untuk berkasih sayang  secara halal antara lelaki dan perempuan. Melalui perkahwinan, akan terjalinnya penyatuan hati yang akan memanfaatkan persamaan dan menguruskan perbezaan.


Dalam memanfaatkan persamaan dan perbezaan ini, akan wujud  perlaksanaan syariat Islameperti mana yang dikehendaki Allah s.w.t di dalam surah 
Al Baqarah ayat 30, 

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"


Soal perkahwinan sememangnya mudah untuk diperkatakan namun untuk melaksanakannya adalah dua perkara berbeza. Bermula dari awal pencarian jodoh sehinggalah saat pernikahan dan selepas pernikahan... Maka, harus ada ilmu mengenai konsep munakahat dan baitul muslim  agar setiap di antara kita punya asas dan persedian mantap untuk melayari bahtera perkahwinan..

Jangan ambil pendekatan,  aku cinta kamu, jom kahwin..amboii...mudah betul... Karenah rumah tangga ini penuh warna warni dan onak duri. Gelanggangnya nampak kecil tapi peranan amat besar..

Walaupun jodoh itu sangat misteri. Rahsia Allah s.w.t. Namun, kita harus berusaha mencari jodoh melalui  laluan musyawarah dan istikharah agar menempui jalan jodoh yang menepati syarak. 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.". Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih. 

Pasti setiap diantara kita ingin memenuhi kriteria2 yang telah digariskan dalam islam dan mengikut apa yang telah di sabda oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan untuk mendapat jodoh yang baik, haruslah berusaha memperbaiki diri menjadi baik. Seperti mana Allah s.w.t berfirman di dalam surah An- Nur ayat 26,


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”


Menjadi lumrah manusia untuk dicintai dan dikasihi. Namun begitu frasa makna 'cinta' yang membawa ke neraka tidak boleh dikatakan cinta..Cinta yang halal adalah cinta yang menjamin kejernihan hati daripada hawa nafsu dan maksiat..


Dan apabila  kita ada hati yang kuat imannya akan hadirkan kasih sayang..dan kasih sayang itulah akan menyatukan hati-hati manusia. Mudah-mudahan Allah s.w.t melindungi kita daripada sebarang kemaksiatan sebelum berkahwin dan mempermudahkan jalan pernikahan. Amin Ya Rabbal A'lamin.

"Innama'al Usri Yusra..". Setiap kesukaran, ada kemudahan. ( Al-Insyirah ,5). 

Mari kita sama-sama jadikanlah perkahwinan sebagai  medan penyatuan bagi wanita dan lelaki untuk menyemai cinta dan kasih sayang pada Allah s.w.t. Walapun penuh onak dan ranjau yang dilalui, sabar melayari pembinaan baitul muslim agar syurga firdausi menjadi tempat kita kembali...InshaAllah

No comments:

Post a Comment