Wednesday, 10 October 2012

1 tahun 3 bulan 10 hari berlalu, Terima Kasih Ya Allah.

"Papa, sabar ea papa, semua ni ujian dari Allah s.w.t. Redha dan Sabar dengan ketentuan Allah s.w.t. Papa kena kuat, adik sayang papa, adik nak jadi anak solehah, nanti kita jumpa di syurga tau, InshaAllah."


Assalamualaikum w.b.t. buat sahabat seagamaku, 
Semoga kalian berada dalam rahmat Allah s.w.t sentiasa. Amin..


1 .Julai. 2011
Tarikh keramat yang tidak mungkin akan dilupakan seumur hidupku. Saat yang mana, jika diimbas kembali pasti menyentap jantung dan menggegarkan urat nadi disertai jujuran air mata...

Malam itu, ku berbaring diatas katil hospital bersama papa. Sayangnya ku pada papa..MashaAllah, Allah sahaja yang tahu... Walaupun sempit, namun tetap ku muatkan badanku dengan tangan memeluk seerat-eratnya badan papa.

 "Adik baring sebelah papa ni,"
"Papa, ikut adik selawat ea... "

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


dan kami pun sama-sama berselawat, berzikir dan memuji2 Allah s.w.t.. Papa menyuruh beberapa kali membaca yaasin...Dalam kepekatan malam yang mengantukkan serta diri terasa amat penat, ku gagah jua walaupun waktu itu ku dalam keadaan marah dan tegang... tak tahu kenapa perlu ku marah...ahh. .menyesal sekali...

Tapi, malam itu, ku terasa suatu kelainan....sangat lain.....Sayu...
Ibu pun punya perasaan begitu....

Dan pagi pun menyinggah dan ku mengharapkan ada sinar baru yang akan membawa perubahan dan keceriaan..

Pukul 9 pagi...

Ku menyiapkan papa, memakai baju dan meletakkan wangian di badan..
"Good lah papa ni"..
Waktu tu papa sedang mendengar mp3, zikir munajat...

"Papa nak makan ape?"
"Tak nak makan"
"Kena makan, nnt papa nak makan ubat"
"Tak nak"

Pukul 11 pagi..

tiba beberapa doktor untuk membuat pemeriksaan ke atas papa...ketika itu papa cukup nervous bila dikerumuni oleh doktor2....ku cuba menenangkan papa...
Seketika sahaja ku lihat papa  terlantar lesu di atas katil dari posisi duduk...

"sila keluar sebentar, kami nak betulkan kedudukan ayah awak"..

ku pun keluar dari ruangan katil atas arahan nurse...Dan kemudian aku kembali semula disisi papa, duduk ditepi katil...

Seorang doktor datang semula, memerhati keadaan papa..dia pergi dan kembali semula dan melihat serius muka papa...

"He's not breathing..he's not breathing..!"

Ku yang tergamam,terlompat dari kerusi, memegang perut papa...

tangan sejukku memegang perut papa..tiada berombak..kaku..
lalu tangan yang terketar2 diletakkan di hidung..

tiada..nafas.

saat itu, baru ku perasan muka papa sudah pucat lesi.....

jantung ku terhenti seketika..tertarik melayang, kaki xmampu berdiri...

"Ketepi, ketepi, we need CPR, call dr now!"

Ku dgr samar2 suara2 itu..kaki longlai melulu ke ibu....

"ibu...papa..ibu...papa"..

air mata mengalir...namun ibu yang hanya berdiri disisi, memeluk erat, mengucap kata sabar...

ahh.. ibu sangat tabah dan sabar, ibulah ratu hati, menguat jiwa ku selama ini.. ya, dia perlu tenang apabila menghadapai saat genting sebegitu, kerna anaknya ini tidak kuat dengan keadaan terjadi sekelip mata sahaja....

bibir tak putus2 mengucap doa pada Allah s.w.t supaya papa sedar..sedarlah papa..Allah..selamatkan papa..ampunkanlah dosaku Ya Allah.

dan doktor keluar..he's breathing back puan..

ALLAH...ALHAMDULILLAH...
ku masih xnampak papa..akhirnya langsir dibuka...subhanallah..

air mata hanya mampu mengalir..mengalir....dan mengalir...

along, achik sampai...dan kemudian alang, atam dan angah....akhirnya ateh...
masa yang sungguh kritikal...

alunan yaasin dibaca berulang-ulang beserta kalimah syahadah disisi papa..
dan pada Allah sahajalah kami berserah, berdoa dan bertawakal..


Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.


Bermula lah episod baru dalam keluarga ku...
Qada' qadar dan takdir Allah s.w.t yang penuh hikmah..

Menyerahkan diri dan redha di atas ketentuan Allah s.w.t
Mengurniakan petunjuk dan hidayah,
Mengukuhkan  ikatan kekeluargaan,
Mengajarkan erti kesabaran,
Menghargai pengorbanan ibu yang tak ternilai harganya pada seorang yang bergelar suami....
Memahami erti kasih sayang...

dan macam2 lagi...mashaAllah..terlampau banyak hikmah yang Allah s.w.t kurniakan pada kami...

ada ketika ku terasa tidak mampu untuk keluar dari segala kesusahan, kesedihan ,kepayahan dan musibah ini...namun semuanya terjawab apabila Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Insyirah , dua kali Allah s.w.t ulangi, iaitu


 "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" ayat-5

 "Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" ayat- 6


Subhanallah..Jadi, ape lagi yang harus ku kesal kan? sesungguhnya Allah s.w.t adalah sebaik baik perancang...

8. Oktober. 2012
Ku kira setahun yang lepas, ku dan keluarga tidak mampu untuk menghadapi ujian ini, namun hingga ke hari ini, kami sabar, kuat dan redha dengan apa yang terjadi.. Ceria dan gembira mendepani hari mendatang dengan menjaga dan melayani papa dengan penuh kasih sayang..

Sesungguhnya, Kesemua yang kami alami ini adalah rahmat dan nikmat dari Allah s.w.t.. Hal ini kerana ku percaya dengan kata-kata Allah s.w.t  . Ku susunkan turutan firman2 Allah s.w.t dalam ayat-ayat al-Quran tersebut...

1. Kenapa ku di uji?

Al-Ankabut (ayat2-3)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji? dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,...."

2. Susahnya ujian ini.. :(

Surah Al-Baqarah(ayat 286)
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"


3. ku tak suka menghadapi ujian ini...

Surah al-Baqarah (ayat 216)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..Allah mengetahui sedang kamu tdk mengetahui.."

4. ku amat sedih Ya Allah...:(

Surah Al-Imran (ayat 139)
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman"




Terjawab semua persoalan.. Ku tidak sesekali menganggap apa yang terjadi sebagai suatu musibah.. Kerana barangkali musibah adalah rahmat dari Allah s.w.t seperti mana Allah s.w.t menyatakan dalam surah

Al-Baqarah.


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar



Ku amat bersyukur kerana Allah s.w.t masih memberikanku nikmat untuk melihat, memegang, memeluk, mencium, menjaga  papa . Berbandingkan orang lain yang mungkin tidak punya  peluang sebegini...
walaupun papa tidak dapat membalas kembali apa2...hanya dengan kerdipan dan linangan air mata, ku tidak gusar kerana ku tahu, papa mendengar dan memahami apa yang telah ku lakukan....

Inilah hikmah yang Allah s.w.t anugerahkan pada ku iaitu untuk berbakti kepada papa dan dengan itu dapat ku menebus kembali kesalahan2 ku pada papa dan juga jalan untuk menghapuskan segala dosa silamku, menjadikan ku seorang yang sabar, menghargai besarnya nilai pengorbanan dan kasih sayang papa dan ibu dan yang amat penting ku sedar bahawa nikmat yang Allah s.w.t berikan pada hambanya boleh ditarik bila..bila masa...dan bermacam2 lagi hikmah..tidak dpt ku senaraikan...

MashaAllah...

Walau apa jua halangan dan ujian mendatang,  berbaik sangkalah pada Allah s.w.t

Sabda Rasulullah s.a.w
"Berfirman Allah Ta'ala: Aku berada pada sangkaan hambaKu, terhadap diriKu, dan Aku sentiasa bersamanya setiap ia mengingatiKu."


"Innakala tukhliful mi'ad"  (sesungguhnya Allah selalu menepati janji)..


Setelah 1tahun 3 bulan 10 hari berlalu, diiringi dua, alunan ayat quran, usaha getir, kata2 peransang dan limpahan kasih sayang kepada papa, kini, banyak perubahan positif yang berlaku ke atas papa.. Kesembuhan yang Allah s.w.t anugerahkan pada papa.. 

Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

"Dan apabila aku sakit. Dialah (Allah) yang menyembuhkanku” (As Syu’araa: 80)
Ya, Sesungguhnya Allah s.w.t maha penyembuh...Terima kasih Allah s.w.t! 

Ya Allah s.w.t semoga Engkau memberikan kesembuhan dan kekuatan kepada papa, dipermudahkanlah segala urusan didunia dan diakhirat..

Ya Allah, Engkau Ampunilah dosa paa dan masukkanlah papa kedalam syurgaMu..

Ya Allah  terima kasih kerana Engkau mengurniakan ku ibu yang baik, keluarga yang baik dan sahabat yang baik disekilingku..

Engkau Rahmatilah keluargaku, berikanlah kami kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi ujian Mu , agar kami tidak sesekali berputus asa padaMu..

Amin Ya Rabbal A'lamin..





Kalam terakhir,


Buat sahabat saudara seagamaku, sayangilah ibu bapa kita, sebagaimana mereka menyayangi kita sejak kecil. Luahkan lah perasaan sayang, kasih, memeluk erat mereka sementara mereka berada di depan mata sebelum rasa penyesalan menyinggah ke hati. Bagi yang sudah tidak punya ibu atau bapa, sedekahkan lah mereka Al-fatihah dan doakan mereka tenang disana.

Seminar Baitul Muslim, "Sebelum Aku Bernikah...."


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, minggu lepas saya telah memenuhi hujung minggu sy dengan menyertai program islamik yang di anjurkan oleh OneHeart Creative Solution..

Antum pula macam mana ea? ^_^



                                                 
                                                          
Tajuk program ini ialah Seminar Baitul Muslim, "Sebelum Aku Bernikah...."
fuyooo..kalau orang dgr tajuk ni orang kata,


 "ruffey kamu nak kawen dah ke? "

"dah sampai seru ke dah tu..."

tak, tak, bukan soal nak kahwin dah atau sampai seru ke belum.. tapi tujuan saya pergi ke program ini adalah untuk menimba ilmu, bak kata seorang panelis program ini,

"pelaburan yang paling penting pada hari ini ialah........pelaburan ilmu"

Ya, saya nak membanyakkan pelaburan ilmu lebih-  lebih lagi mahu memahami secara khusus mengenai makna sebenar baitul muslim. Pada masa yang sama ini merupakan jalan-jalan persedian saya menempuh alam rumah tangga nnt...

so, sesiapa yang nak kawen atau belum plan nak kawen, memang digalakkan sangat pergi..^_^"

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakak sy yg tersayang, Achik, Noor Juliana binti Khairuddin kerana telah belanja saya tiket untuk menyertai program ini. Achik sy yang memang banyak belanja tiket2 ke majlis ilmu ni. Memandangkan adik dia ni xkeje lagi so kena lah bayarkan..hehe..

Jazakallahu Khayr Achik! Moga Allah s.w.t memurahkan rezeki Achik dan memudahkan urusan achik dunia dan akhirat. Amin.

p/s: adik sayang achik, eventho kita kadang2 bertegang urat..bak kata pepatah, "air dicincang xkan putus"..hehe..mcm tulah analogi kita..
Alright,

Panelis untuk program ini MashaAllah...Tabarakallah semuanya mantop...mantop...

Dimulakan dengan Ustaz Pahrol Md Juoi dengan slot 'Pengurusan Hati', kemudiannya Ustaz Zaharuddin dengan slot 'Cari Jodoh langkah 1,2,3', Hilal Asyraf dengan slot 'Sebelum Aku menikah' dan ramai lagi ..

Terlampau banyak ilmu dan ibrah yang sy perolehi sepanjang program ini dari awal pagi sehingga lewat malam..Dengan harga tiket yang dikenakan, tidaklah sama dengan nilai ilmu yang dikecapi..Semoga semuanya bermanfaat dan dimanfaatkan kepada org lain.. Bersyukur sgt..Thank u Allah s.w.t.!

So, disini saya nak buat sedikit summary tentang program baitul muslim ini, untuk lebih terperinci tentang isi2 setiap slot dalam program, saya akan menulis dalam entri baru..ok? ;)

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Nur ayat 32:



Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Allah s.w.t juga berfirman di dalam surah al-Rum ayat 21:


Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.

Menerusi ayat al-quran di atas sudah jelas bahawa perkahwinan adalah suatu jalan yang Allah s.w.t sediakan bagi hambanya untuk berkasih sayang  secara halal antara lelaki dan perempuan. Melalui perkahwinan, akan terjalinnya penyatuan hati yang akan memanfaatkan persamaan dan menguruskan perbezaan.


Dalam memanfaatkan persamaan dan perbezaan ini, akan wujud  perlaksanaan syariat Islameperti mana yang dikehendaki Allah s.w.t di dalam surah 
Al Baqarah ayat 30, 

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"


Soal perkahwinan sememangnya mudah untuk diperkatakan namun untuk melaksanakannya adalah dua perkara berbeza. Bermula dari awal pencarian jodoh sehinggalah saat pernikahan dan selepas pernikahan... Maka, harus ada ilmu mengenai konsep munakahat dan baitul muslim  agar setiap di antara kita punya asas dan persedian mantap untuk melayari bahtera perkahwinan..

Jangan ambil pendekatan,  aku cinta kamu, jom kahwin..amboii...mudah betul... Karenah rumah tangga ini penuh warna warni dan onak duri. Gelanggangnya nampak kecil tapi peranan amat besar..

Walaupun jodoh itu sangat misteri. Rahsia Allah s.w.t. Namun, kita harus berusaha mencari jodoh melalui  laluan musyawarah dan istikharah agar menempui jalan jodoh yang menepati syarak. 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.". Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih. 

Pasti setiap diantara kita ingin memenuhi kriteria2 yang telah digariskan dalam islam dan mengikut apa yang telah di sabda oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan untuk mendapat jodoh yang baik, haruslah berusaha memperbaiki diri menjadi baik. Seperti mana Allah s.w.t berfirman di dalam surah An- Nur ayat 26,


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”


Menjadi lumrah manusia untuk dicintai dan dikasihi. Namun begitu frasa makna 'cinta' yang membawa ke neraka tidak boleh dikatakan cinta..Cinta yang halal adalah cinta yang menjamin kejernihan hati daripada hawa nafsu dan maksiat..


Dan apabila  kita ada hati yang kuat imannya akan hadirkan kasih sayang..dan kasih sayang itulah akan menyatukan hati-hati manusia. Mudah-mudahan Allah s.w.t melindungi kita daripada sebarang kemaksiatan sebelum berkahwin dan mempermudahkan jalan pernikahan. Amin Ya Rabbal A'lamin.

"Innama'al Usri Yusra..". Setiap kesukaran, ada kemudahan. ( Al-Insyirah ,5). 

Mari kita sama-sama jadikanlah perkahwinan sebagai  medan penyatuan bagi wanita dan lelaki untuk menyemai cinta dan kasih sayang pada Allah s.w.t. Walapun penuh onak dan ranjau yang dilalui, sabar melayari pembinaan baitul muslim agar syurga firdausi menjadi tempat kita kembali...InshaAllah

Wednesday, 3 October 2012

Mesti Masukkan Ibu dan Papa Ke Syurga.

Assalamualaikum w.b.t

Ape Khabar antum semua? semoga berada dalam keadaan yang sihat dan ceria. Amin..

Entri kali ini, saya nak berkongsi tentang perihal perbualan antara saya dan ibu...


Suatu pagi..

Ibu: " Anak- anak boleh menyebabkan  ibu bapa tak masuk syurga. Tersekat untuk memasuki syurga akibat daripada perihal dan kelakuan anak2. Mak  takut jadi begitu. Itulah mak  salu ingatkan semua anak-anak2 mak. Kesian kalau xdapat masuk syurga."

Saya: Terdiam..sambil mengiakan apa yang ibu cakap.. MashaAllah, takutnya kalau saya yang menyebabkan ibu dan papa  tersekat dari masuk ke syurga... :((. Ibu, ampunkan dosa adik....

Benarlah bahawa seorang anak boleh menyumbang pahala dan dosa kepada ibu bapanya. Teringat kata2 Prof. Dr. Muhaya.

 
"Saya
sangat pentingkan didikan agama kepada anak saya. Ingatkan pahala, dosa, syurga, neraka. Ada suatu saya berdoa kepada Allah s.w.t supaya ambillah nyawa anak saya sebelum baligh jika dia akan melakukan maksiat ketika besar. " (lebih kurang begini yang dikatakan beliau)

Kemudian Prof. Dr. Muhaya kata lagi,

"Penat ibu, bapa bekerja, buat amal kebaikan dan kebajikan, tetapi angkara anak menyebabkan pahala mereka berkurang."

Maka saya ingin mengingatkan diri saya dan antum sekalian Jagalah perilaku, aurat dan tindakan agar dapat menjadi anak soleh dan solehah yang akhirnya menjadi tiket 'business class' untuk membawa ibu bapa ke syurga.


Kepada saudara islam saya yang telah kehilangan ibu atau ayah, atau kedua-duanya, ingatlah bahawa segala perilaku di atas dunia ini, akan membawa pahala dan dosa kepada ibu, bapa kita di dalam kubur...

Maka, sanggupkah kita untuk membiarkan ibu bapa diseksa atas perbuatan kita?...Nau'dzubillah


Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang berbunyi:

رغم أنفه من أدرك والديه عند الكبر أحدهما أو كليهما فلم يدخل الجنة 

Maksudnya: “Kehinaan
bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.”

Adalah ruginya jika mensia-siakan peluang ini. Kerna kita tidak mahu rugi tika di Padang Masyar. Melihat ibu bapa yang lain masuk syurga tp bukan ibu bapa kita hasil dri perbuatan kita di dunia dahulu.. T_T

Nauzubillah..

Moga Allah memelihara, memilih dan menjadikan kita anak yang soleh dan solehah buat ibu bapa tercinta.

Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Luqman ayat  14,

 "Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya (bercerai susu) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu; hanya kepada Ku lah kamu kembali".


" Ya Allah, kasihilah kedua ibu bapa ku, sebagaimana mereka mengasihi dan menjaga ku sejak kecil dan tempatkan lah mereka kedua di jannah"

Amin..

 Kenangan di Masjidil Haram, Jun 2011

Ziarah di Madinah Al-Munawwarah