Monday, 10 September 2012

PAC ASSESSMENT CENTRE 2012

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Semoga sentiasa sehat dan ceria  menjalani hidup diawal bulan september ni ;).
Entri kali ni, saya hendak kongsikan tentang pengalaman di PAC 2012 pada 4-5 September yang lepas.

Apa tu PAC?

PAC ini ialah program Assesement Centre  bagi urusan pengambilan pegawai tadbir diplomatik gred M41. Hanya individu yang berjaya lulus dalam ujian bertulis dan objektif pada peringkat awal pengambilan PTD M41 sahaja yang layak untuk menyertai program PAC ini.

Alhamdulillah syukur saya antara salah seorang peserta yang berjaya untuk ke peringkat kedua ujian PTD. Sejujurnya, saya tidak menyangka akan lulus dalam exam bertulis memandangkan ujian objektif yang saya rasakan agak sukar dengan masa yang singkat untuk menjawab keseluruhan soalan. Tambahan itu ujian kebarangkalian yang agak memeningkan memang terasa peluang untuk lulus amatlah tipis. Sejujurnya ulangkaji sangat penting sebelum memasuki exam bertulis. Banyak yang perlu dibaca dan diketahui.

Namun begitu, Allah s.w.t telah memberi rezeki pada saya untuk lulus peringkat pertama ujian PTD.
Pastinya peringkat kedua lebih mencabar. Saya membuat persiapan awal sebelum ke PAC iaitu dari segi fizikal dan mental, pengetahuan dan pertuturan.

Dalam PAC,
Peserta akan dinilai daripada sudut kerjasama dan partisipasi dalam kumpulan, gaya berkomunikasi (iaitu cara saya berkomunikasi, memberi pandangan dan melontar idea),  tingkah laku, kekuatan fizikal dan perucapan awam.

Pada hari pendaftaran, saya harus melaporkan diri di kampus Wilayah Tengah (Intengah). Masa pendaftaran adalah dari pukul 8.00 - 9.00 pagi. Dengan memakai pakaian formal, saya pastikan  tahap persediaan saya memuaskan dan biar kelihatan confident (walaupun sebenarnya saya akan tertekan dengan persediaan dan persaingan daripada peserta-peserta lain...tak mengapa..buat relax saja ;))

Program Assesement Centre amat menitikberatkan soal MASA. Peserta harus displin dengan masa.  Saya masih ingat lagi, apabila tepat pukul 9.05 pagi, pegawai PTD sudah mengarahkan untuk menutup pintu dan tiada lagi sebarang pendaftaran kepada mana-mana peserta yang lambat hadir.

Fuhh.. Nasib baik, saya sampai sebelum jam 9.00 pagi ^_^"

Hari pertama

1. Aktiviti dimulakan dengan perbincangan dalam Bahasa Melayu iaitu modul berkaitan kajian kes masalah penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh penjawat awam. Dalam modul ni, saya mengambil inisiatif untuk membacakan petikan yang diberikan oleh fasilitator kepada ahli kumpulan memandangkan kami hanya diberi dua kertas sahaja. Kemudian, kami perlu menjawab soalan yang diberikan berdasar petikan. Mudah sahaja. Anda perlu pandai bagi peluang pada orang lain. Give and take!


2. Aktiviti seterusnya juga sama, cuma perbincangan dalam Bahasa Inggeris. Dalam modul ini, peserta harus mengetahui dan memahami tentang operative management and operational level. Tips pertama yang ingin dikongsikan pastikan anda buat persediaan tentang topik ini sebelum ke PAC. Saya kurang arif tentang perkara ini memandangkan saya yang paling muda dan belum bekerja berbanding lapan anggota lain dalam kumpulan. Bagi mereka yang sudah bekerja, pastinya pengalaman dalam pekerjaan membantu mereka untuk menghuraikan lebih lanjut dan padat tentang operative management and operational level. Definitely a huge advantage for them.

3. Modul seterusnya ialah merancang projek. Kami harus berbincang dan melaksanakan suatu projek yang melibatkan objektif, aktiviti, bajet dan cara perlaksanaan. Disini saya sedar bahawa fasilitator dan panel menilai cara kita berinteraksi dalam kumpulan dan idea yang dilontarkan.

4. Kemudian untuk sesi bahasa inggeris, kami diberikan watak dan perlu mempertahankan watak berkaitan kes yang diberi. Saya mendapat watak "a young women with a son". Jadi mudah saya untuk mempertahankan diri saya dengan menggunakan anak saya sebagai stategi untuk menyelamatkan diri ;).

5. Aktivi kecergasan dimulakan selepas sahaja solat asar. Pastikan anda memakai baju berwarna hitam, tudung juga berwarna hitam dan sepasang kasut sukan yang selesa! Ujian fizikal ialah larian sejauh 2.4KM. Taklah jauh sangat. Tetapi harus berlari dan mendaki bukit itu amat memenatkan. Tips kedua ingin saya kongsikan ialah pastikan anda membuat persediaan fizikal. Saya sudah lama tidak bersenam makannya bertambah berat sejak habis belajar. Saya tak larat sungguh tapi semangat yang kuat saya pastikan sampai ke garisan penamat sebelum masa ujian fizikal tamat and I made it!. Alhamdulillah.

6. Aktiviti terakhir untuk hari pertama disudahi dengan ujian psikologi dan persiapan public speaking presentation  keesokan harinya..

Hari Kedua

1. Aktiviti dimulakan dengan perbincangan dalam kumpulan. Isu yang agak berat dan perlu critical thinking untuk mengulas jawapan dengan huraian fakta yang jelas. Bukan sekadar memberi contoh dan andaian.

2. Aktiviti terakhir ialah public speaking presentation on the topic that we chose yesterday. (It was randomly choose by us sebab dalam kotak cabutan bertuah gitu). Saya mendapat topik bertajuk internet banking. Syukur. Mudah sahaja ;). Saya mengambil contoh CIMBcliks. I was talking about the benefits of using internet banking. Alhamdulillah. Berjalan lancar cuma terlalu cepat habis. I should elaborate the point more which related to my own experience. Bila kita bercakap melalui pengalaman, maka akan lebih mudahlah dalam penyampaian and people would understand better. Unfortunately, because I was so nervous, I'd never thought about that. Lepas dah duduk baru teringat.

Haihh..lesson learnt!

Itu sahaja pengalaman yang boleh dikongsi. Banyak perkara yang saya telah belajar sepanjang 2 hari PAC ini. Terutama dari segi teknik berkomunikasi dan teknik berfikir serta belajar daripada pemerhatian terhadap gaya penyampaian peserta-peserta semasa mereka berbincang, berfikir melontar idea dan berucap.

Terima kasih Allah untuk peluang ini.
Semoga rezeki menyebelahi saya untuk ke peringkat seterusnya. Amin.






Roommate. Izatul ;)

 Lucky Number 118

Best Buddies!

Ladies  

  Study table

My room


Opera high heel ;) 

2 comments:

  1. assalamualaikum . hi , i would like to ask . Is it hard to pass PAC ?

    ReplyDelete
  2. Senang je. Tu dia dah lepas jadi PTD tu

    ReplyDelete