Bimillahirrohmanirrahim...
Entri kali ini, saya mahu mengajak semua untuk berhenti mempersoal, tetapi bersyukurlah dengan nikmat yang Allah s.w.t kurniakan..
bagaimana ea? ok. begini....
Kadang kala kita sering terfikir "kenapa aku tak sakit?" atau "kenapa kesakitan tak timpa kat aku, kenapa org lain?". kita mesti bersedih, kesian, simpati dan empati tambahan lagi di alami oleh keluarga, sahabat dan kenalan kita. Sebenarnya ada hikmah disebaliknya..
Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286,
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya."
Jadi, kita tak sakit atau kesakitan x timpa kat kita kerana Allah s.w.t tahu tahap kemampuan kita. Barangkali bila kita sakit, kita tak sanggup tanggung lagi lalu berputus harap dengan pertolongan dan rahmat Allah s.w.t. Allah s.w.t sayang kita, Dia jaga kita dengan beri kesihatan.
Dan kesihatan yang dikurniakan itu digunakan semula dengan membantu orang lain dalam kesakitan, mendoakan kesejahteraan dan mengambil ibrah setiap kali menziarahi mereka.
Ingat, bahawa kesihatan juga suatu ujian. Manfaatkan sebaiknya dan janganlah kita asyik berfikir mengapa dan mengapa kita tak sakit, sesungguhnya Allah s.w.t jua maha mengetahui hal di langit da dibumi. Mari Bersyukur dengan nikmat kesihatan dan usia! ;)
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim Ayat 7)
No comments:
Post a Comment