Assalamualaikum w.b.t.
Pada 23 -25 September 2012 yang lepas, saya telah berpeluang untuk ke negeri di bawah bayu atas urusan kerja dibawah kelolaan syarikat Vision Karisma. Bertindak sebagai pembantu konsultan, saya bertugas membantu konsultan, Cik Noor Juliana dalam menguruskan Kursus Pra Persaraan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia agar program ini berjalan dengan baik dan lancar.
Perjalanan yang singkat ini amat menyeronokkan. Ini merupakan pengalaman kali pertama untuk menjejakkan kaki ke Sabah, apatah lagi untuk menyaksikan Gunung Kinabalu.
Kursus ini dilaksanakan di Celyn Resort Kinabalu Kundasang, Sabah. Perjalanan ke kundasang dari kota kinabalu mengambil masa lebih kurang 3 jam (termasuk berhenti untuk membeli belah). Perjalanan dirasakan amat jauh sekali namun begitu, kedinginan angin pergunungan meghilanglah penat lelah perjalanan...
Permandangan di kundasang amat menenangkan..Melihat gunung ganang, kehijauan pokok dan udara yang amat segar, menyebabkan lidah tak berhenti mengucap syukur dan berzikir pada Allah s.w.t dengan segala ciptaanNya. MashaAllah.. Memang benar lah firman-firman Allah s.w.t.. Lihatlah pada gambar yang sempat saya tangkap ketika berada di sana..
"Dan kami hamparkan bumi itu dan kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh dan kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata." (Qaaf: 7)
Permandangan dipagi hari, sungguh mempersonakan gunung kinabalu.
Permandangan dari Celyn Resort.
Selamat tinggal Gunung Kinabalu. Semoga bertemu lagi
Gunung ganang, Pokok menghijau
Guning Kinabalu ditutupi Awan
No comments:
Post a Comment