Hi Shabab & Akhuwat! Semoga kalian berada dalam rahmat Allah s.w.t dan diberi kesihatan yang baik olehNYA..Amin ^_^"
Alright, entri kali ni saya mahu berkongsi tentang Kursus Penulisan Ilmiah Dalam TVET yang berlangsung pada 2- 5 Julai 2012 lepas. Kursus ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi yang para pesertanya terdiri daripada calon pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti yang harus melalui proses penilaian @ 'assessment' bagi kelayakan kenaikan pangkat.
Ekh,tp kenapa pula saya boleh join ye?
Saya join kursus ni sebab saya telah menjadi pembantu konsultan kepada Cik Noor Juliana binti Khairuddin yang merangkap pengarah syarikat Vision Karisma Consultant and Training. Untuk maklumat lanjut tentang syarikat ini, bolehlah melawati laman web http://www.visionkarisma.com/. Master trainer bagi kursus 5 hari ini ialah En. Fauzul Naim dari Fine Academy. Beliau seorang yang sangat pakar dalam bidang penulisan. Terima kasih yang tak terhingga kepada beliau kerana telah menjalankan kursus dengan begitu cemerlang disamping telah membuka minda dan menarik minat para peserta untuk mencintai ilmu penulisan dan berkarya. Hasilnya ialah pada hari terakhir, para peserta telah dapat menyiapkan sebuah buku yang bakal dipasarkan. Hebat kan?
Apa yang boleh saya luahkan tentang penyertaan saya dalam kursus ini ialah.....
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Saya amat bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberi peluang 3+1 pada saya hanya dalam masa 5 hari sahaja. Saya dapat menimba ilmu pengurusan dalam masa yang sama 'ilmu penulisan'. Subhanallah. Selain itu, saya juga telah berkenalan dengan 33 sahabat baru yang saya rasakan perjumpaan dan perpisahan kami adalah kerana Allah s.w.t. Oleh yang demikian, sebelum ilmu yang saya miliki ni hilang, saya perlu berkongsi dan memanfaatkan sepenuhnya bersama sahabat saya.
Daripada surah Al-'Alaq ( 1-5 ):
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Jelasnya, Surat Al 'Alaq menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia dari benda yang hina kemudian memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Baca bermaksud mengkaji, menyelidik, mengeluarkan isi-isi lalu menterjemahkan ke dalam buku. Melalui penulisan buku juga mampu menjadikan salah satu saham dan bekalan diakhirat apabila ilmu yang terkandung dalam buku itu dapat dimanfaatkan oleh ramai orang. InshaAllah.
Antara objektif kursus:
1. Mengetahui cara penulisan buku
2. Bagaimana menjana idea
3. Kriteria-kriteria penulisan
4. Mengetahui jenis-jenis penulisan
5. Bagaimana menarik minat pembaca
6. Bagaimana mencari dan menulis bahan rujukan dengan betul
7. Hak-hak kebebasan penulis
8. Menulis tulisan ilmiah dengan berkesan
9. Plagiat
10. Mengetahui cara menerbit dan memasarkan buku
dll.
Judul Buku
Judul buku amat penting untuk menarik minat pembaca. Hal ini kerana melalui judul sahaja dapat menimbulkan pelbagai satu persepsi sama ada positif dan negatif.Persepsi Positif : Judul yang catchy, judul pendek, straight-to-the-point
( rasa seronok, mudah faham) eg: 'Bercerai. Aku tidak mahu!', 'Mudahnya membuat roti ',
'Jom Melancong ke Sarawak'
Persepsi Negatif : Judul panjang, meleret, boring.
( rasa heavy, bosan) eg: 'Menjana pendapatan dengan sewa rumah',
'Mengajar anak-anak matematik di rumah'
Sebenarnya pembaca akan membeli buku apabila melihat judul yang mempunyai persamaan dengan diri mereka. Kebenarannya ialah buku motivasi hanya dibeli oleh orang yang bermotivasi, buku memasak hanya dibeli oleh orang yang suka memasak dan buku sedih hanya akan dibeli oleh org yang sedih. Contohnya pada tahun 2009, buku La Tahzan telah mencapai 160000 unit setahun di Malaysia. Hal ini kerana pada tahun itu terdapat krisis kewangan yang melanda negara Malaysia. Judul buku juga perlu bersesuaian dengan semua peringkat umur. Contohnya judul buku berkaitan remaja sebenarnya tidakdibaca oleh remaja tetapi dibaca oleh ibu bapa, guru mahupun kaunselor.
Buku & Penulis
Sebuah buku mestilah minimum mempunyai 48 halaman yang bertulis dan dijilidkan. 48 halaman itu termasuk isi buku, gambar dan iklan tetapi tidak termasuk kulit buku. Seandainya kurang daripada 48 halaman, tidak akan diikhtiraf sebagai buku dan tidak layak untuk memasuki perpustakaan.
Penulis:
- Buku akademik (ilmiah): penulis mesti mempunyai latar belakang akademik. Contohnya buku 'Asas-asas kejuruteraan mekanikal' merupakan buku berkaitan bidang khusus yang memerlukan kepakaran.
- Buku popular : Tidak memerlukan latar belakang akademik. Contohnya buku-buku motivasi, keibubapaan, novel.
- Jenis-jens Penulisan:
- Fiksyen - buku2 yg mempunyai unsur cerita eg: novel, cerpen, cerpan
- Non- fiksyen - buku ada fakta, buku akademik, autobiografi
- Faksyen - buku gabungan kedua2 sekali
ALERT!
1.Penulis perlu menulis 'apa yang orang ingin tahu' BUKAN 'apa yang kita tahu'
2.Penulis perlu menulis dengan hati agar isi buku mudah difahami oleh si pembaca.
SIAPA PENULIS SUPER?
- Bukunya mesti terlaris.
Pandai membaca trend pembaca
Bulan Disember - menulis buku-buku berbentuk motivasi kerana awal tahun
Januari pasti ramai memulakan azam baru dan inginkan motivasi.
Bulan Februari - menulis buku-buku berbentuk cinta
Bulan September - menulis buku-buku kekeluargaan kerana musim ibu bersalin.
- Bukunya menjadi evergreen
Jualan yang konsisten banyak setiap tahun dan berterusan bertahun-tahun.
Hak Cipta
Prinsip-prinsip asas Hak Cipta
- karya adalah asli
- Idea tidak dilindungi hak cipta
- Fakta tak dilindungi hak cipta
- Hak cipta diperolehi secara automatik
- Hak cipta adalah harta
Konvensyen Berne
Konvensyen Berne bagi Perlindungan Karya Sastera dan Seni, atau Konvensyen Berne, ialah satu perjanjian kawalan hak cipta antarabangsa. Konvensyen Berne mewajibkan setiap negara penandatangannya mengiktiraf hak cipta karya-karya pengarang yang berasal dari negara-negara penandatangan yang lain (iaitu anggota-anggota Kesatuan Berne) seperti mana ia mengiktiraf hak cipta warga-warga sendiri. Konvensyen Berne menyatakan bahawa segala karya-karya kecuali fotografi dan sinematografi kekal berhak cipta selama sekurang-kurangnya 50 tahun selepas kematian pengarangnya, tetapi pihak-pihak berkenaan bebas merundingkan tempoh lebih lama.
Akta Hak Cipta 1987
Jenis2 karya yang tak boleh DITIRU antaranya ialah
1. Karya sastera - novel cerita, ensiklopedia, kamus, surat2, laporan manuskrip
2. Karya muzik -lirik lagu, skor lagu
3. Pengkalan data - koleksi data2 sama ada boleh dibaca, mesin @bentuk lain
4. Karya seni - karya grafik, fotografi, seniukir, karya senibina bangunan, karya pertukangan
5. Gambar & emej
6. Filem
7. Rakaman bunyi -apa2 penetapan siri bunyi yang boleh didengar
8. Pensyiaran
9. Persembahan langsung
IDEA BUKAN HAK CIPTA !
Judul, nama, frasa, jenis huruf, warna, idea, sop , keputusan mahkamah dan teks ucapan kerajaan tidak mempunyai hak cipta
- karya adalah asli
- Idea tidak dilindungi hak cipta
- Fakta tak dilindungi hak cipta
- Hak cipta diperolehi secara automatik
- Hak cipta adalah harta
Konvensyen Berne
Konvensyen Berne bagi Perlindungan Karya Sastera dan Seni, atau Konvensyen Berne, ialah satu perjanjian kawalan hak cipta antarabangsa. Konvensyen Berne mewajibkan setiap negara penandatangannya mengiktiraf hak cipta karya-karya pengarang yang berasal dari negara-negara penandatangan yang lain (iaitu anggota-anggota Kesatuan Berne) seperti mana ia mengiktiraf hak cipta warga-warga sendiri. Konvensyen Berne menyatakan bahawa segala karya-karya kecuali fotografi dan sinematografi kekal berhak cipta selama sekurang-kurangnya 50 tahun selepas kematian pengarangnya, tetapi pihak-pihak berkenaan bebas merundingkan tempoh lebih lama.
Akta Hak Cipta 1987
Jenis2 karya yang tak boleh DITIRU antaranya ialah
1. Karya sastera - novel cerita, ensiklopedia, kamus, surat2, laporan manuskrip
2. Karya muzik -lirik lagu, skor lagu
3. Pengkalan data - koleksi data2 sama ada boleh dibaca, mesin @bentuk lain
4. Karya seni - karya grafik, fotografi, seniukir, karya senibina bangunan, karya pertukangan
5. Gambar & emej
6. Filem
7. Rakaman bunyi -apa2 penetapan siri bunyi yang boleh didengar
8. Pensyiaran
9. Persembahan langsung
IDEA BUKAN HAK CIPTA !
Judul, nama, frasa, jenis huruf, warna, idea, sop , keputusan mahkamah dan teks ucapan kerajaan tidak mempunyai hak cipta
Salam....macam menarik je kursus ni. boleh saya tahu siapa penceramah untuk kursus ni?
ReplyDelete