Assalamualaikum w.b.t
Entri kali ini saya nak share tentang Program Cinta Masjid yang telah saya hadiri pada 17 Jun tempoh hari.
Penganjur utama program ini ialah STESEN TV AL HIJRAH
"SEGALA NYA BERMULA DI SINI"
Ribuan tahniah dan terima kasih ingin saya ajukan pada TV AL HIJRAH kerana telah menganjurkan progran seumpama ini. Kemunculan TV AL HIJRAH sememangnya merupakan fenemona terbaik dalam sistem penyiaran tv di Malaysia. Program2 keagamaan yang di siarkan di TV Al HIJRAH amat2 bermanfaat dan sememangnya berguna kepada rakyat Malaysia yang "dahaga" kan ilmu2 agama dan cerita2 berunsur islamik pada masa ini.
Antara program TV AL HIJRAH yang menjadi kegemaran saya ialah:
1. 30 minit bersama Ustaz Don
2. Assalamualaikum
3. Soal Wanita
4. Bicara
5. Dr. Oz
6. Man Jadda Wa Jadda
7. Ejen Halal
Selain daripada itu, TV AL HIJRAH juga merupakan perintis yang menganjurkan program CINTA MASJID yang bertujuan untuk menjadikan masjid tempat perkongsian ilmu malah program ini adalah sebagai medium untuk mengimarahkan masjid dengan penyertaan rakyat Malaysia dalam aktiviti2 islamik yang telah dilaksanakan. Alhamdulillah. Syabab di ucapkan!
Walaupun bilangan rakyat Malaysia yang hadir ke Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam tidak sebanyak bilangan rakyat Malaysia ke HIMPUAN SEJUTA BELIA 2012, tetapi kehadiran jemaah yang hadir mengimarahkan masjid tetap membanggakan. Terima Kasih kepada semua yang hadir. Semoga Allah s.w.t memberkati segala ilmu yang diperolehi.
Indahnya Jemaah mendengar kuliah Maghrib
Kehadiran saya ke program Cinta Masjid kali ini adalah kerana saya menjadi volunteer untuk Aqsa Syarif Subang Jaya yang telah membuka booth di perkarangan masjid shah alam. Shift saya bermula dari jam 8.30 pagi sampai 11 stgh malam. Walaupun masa nya agak panjang tapi tak terasa penat kerana asyik melayan para pengunjung yang tak jemu2 menghulurkan sumbangan derma ikhlas, mendaftar dalam skim tajaan keluarga miskin dan anak angkat Palestin serta yang ingin bertanyakan tentang situasi di gaza dan projek2 yang telah berjaya dilaksanakan oleh Aqsa Syarif di Gaza.
Alhamdulillah!
SYukur ke Hadrat Allah s.w.t kerana Aqsa Syarif Subang Jaya berjaya mengumpul derma sumbangan ikhlas
sebanyakRM9K+++
Terima Kasih rakyat Malaysia yang dermawan dan ikhlas.
Semoga Allah s.w.t memurahkan rezeki kalian serta mendapat ganjaran pahala diatas sumbangan dalam perjuangan rakyat Palestin. Amin Ya Rabb...
Bendera Palestin berkibar dengan Megahnya
Booth Aqsa Syarif
Alhamdulillah!
SYukur ke Hadrat Allah s.w.t kerana Aqsa Syarif Subang Jaya berjaya mengumpul derma sumbangan ikhlas
sebanyakRM9K+++
Terima Kasih rakyat Malaysia yang dermawan dan ikhlas.
Semoga Allah s.w.t memurahkan rezeki kalian serta mendapat ganjaran pahala diatas sumbangan dalam perjuangan rakyat Palestin. Amin Ya Rabb...
Bendera Palestin berkibar dengan Megahnya
Jualan T-shirt dan Beg berharga RM25
Booth Aqsa Syarif
Gambar2 Projek AQ di Gaza: Kilang Roti, Ladang Lembu Tenusu dan Kolam Ikan Air Tawar
No comments:
Post a Comment