Thursday, 19 July 2012

Ramadhan Yang Di Nanti...

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua, semua kalian berada dalam rahmat Allah s.w.t. Kali ni nak berkongsi perasaan gembira dan teruja dengan kedatangan Ramadhan tahun 1433H.


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
   
Alhamdulillah  bersyukur pada Allah s.w.t kerana tahun ini  saya dapat merasai lagi bulan Ramadhan yang penuh barakah dan istimewa di sisi Allah s.w.t..

Abu Hurairah menyatakan , Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.
Maka, buat diri saya yang amat disayangi, rebutlah ganjaran di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amalan2 sunat, sepeti membca al-quran, terawikh, zikir, selawat, qiamullai danlain-lain perkara agar kamu akan beroleh taqwa..

Serta memohonlah kerahmatan di awal Ramadhan, keampunan dipertengahannya dan pembebasan api neraka di perhujungnya..

Ya Allah kurniakanlah rahmatmu, keampunan dan bebaskan aku dari azab api neraka. Amin Ya Rabb..




Tuesday, 10 July 2012

Thank You iLuvislam.com

Assalamualaikum w.b.t and Good day to All!

All praise due to Allah for His Mercy and Love.
Alhamdulillah. Last friday (6th June 2012) my poem entitle 'Bunga Agamaku Fatimah Az-Zahra" was published in ILuvislam.com website. Million thanks to iluvislam.com for giving me a chance to share my thought with my Muslim Brothers ans Sisters.
JZKK ^_^

Friday, 6 July 2012

PENULISAN ILMIAH DALAM TVET

Assalamualaikum w.b.t

Hi Shabab & Akhuwat! Semoga kalian berada dalam rahmat Allah s.w.t dan diberi kesihatan yang baik olehNYA..Amin ^_^"

Alright, entri kali ni saya mahu berkongsi tentang Kursus Penulisan Ilmiah Dalam TVET yang berlangsung pada 2- 5 Julai 2012 lepas. Kursus  ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi yang para pesertanya terdiri daripada calon pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti yang harus melalui proses penilaian @ 'assessment' bagi kelayakan kenaikan pangkat. 

Ekh,tp kenapa pula saya boleh join ye?

Saya join kursus ni sebab saya telah menjadi pembantu konsultan kepada Cik Noor Juliana binti Khairuddin yang merangkap pengarah  syarikat Vision Karisma Consultant and Training. Untuk maklumat lanjut tentang syarikat ini, bolehlah melawati laman web  http://www.visionkarisma.com/. Master trainer  bagi kursus 5 hari ini ialah En. Fauzul Naim dari Fine Academy. Beliau seorang yang sangat pakar dalam bidang penulisan. Terima kasih yang tak terhingga kepada beliau kerana telah menjalankan kursus dengan begitu cemerlang disamping telah membuka minda dan menarik minat para peserta untuk mencintai ilmu penulisan dan berkarya. Hasilnya ialah pada hari terakhir, para peserta telah dapat menyiapkan sebuah buku yang bakal dipasarkan. Hebat kan?

Apa yang boleh saya luahkan tentang penyertaan saya dalam kursus ini ialah.....

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

Saya amat bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberi peluang 3+1 pada saya hanya dalam masa 5 hari sahaja. Saya dapat menimba ilmu pengurusan dalam masa yang sama 'ilmu penulisan'. Subhanallah. Selain itu, saya juga telah berkenalan dengan 33 sahabat baru yang saya rasakan perjumpaan dan perpisahan kami adalah kerana Allah s.w.t. Oleh yang demikian, sebelum ilmu yang saya miliki ni hilang, saya perlu berkongsi dan memanfaatkan sepenuhnya bersama sahabat saya.


Daripada surah Al-'Alaq ( 1-5 ):


"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
 Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Jelasnya, Surat Al 'Alaq menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia dari benda yang hina kemudian memuliakannya dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Baca bermaksud mengkaji, menyelidik, mengeluarkan isi-isi lalu menterjemahkan ke dalam buku. Melalui penulisan buku juga mampu menjadikan salah satu saham dan bekalan diakhirat apabila ilmu yang terkandung dalam buku itu dapat dimanfaatkan oleh ramai orang. InshaAllah.

Secara umumnya, kursus ini memfokuskan tentang kemahiran menulis buku.
Antara objektif kursus:

1. Mengetahui cara penulisan buku
2. Bagaimana menjana idea
3. Kriteria-kriteria penulisan
4. Mengetahui jenis-jenis penulisan
5. Bagaimana menarik minat pembaca
6. Bagaimana mencari  dan menulis bahan rujukan dengan betul
7. Hak-hak kebebasan penulis
8. Menulis tulisan ilmiah dengan berkesan
9. Plagiat
10. Mengetahui cara menerbit dan memasarkan buku
     dll.
Judul Buku
Judul buku amat penting untuk menarik minat pembaca. Hal ini kerana melalui judul sahaja dapat menimbulkan pelbagai satu persepsi sama ada positif dan negatif.

Persepsi Positif                           :  Judul yang catchy, judul pendek, straight-to-the-point 
( rasa seronok, mudah faham)        eg: 'Bercerai. Aku tidak mahu!',   'Mudahnya membuat roti ',
                                                           'Jom Melancong ke Sarawak'

Persepsi Negatif                          : Judul panjang, meleret, boring. 
( rasa heavy, bosan)                      eg: 'Menjana pendapatan dengan sewa rumah',
                                                          'Mengajar anak-anak matematik di rumah'

Sebenarnya pembaca akan membeli buku apabila melihat judul yang mempunyai persamaan dengan diri mereka. Kebenarannya ialah  buku motivasi hanya dibeli oleh orang yang bermotivasi, buku memasak hanya dibeli oleh orang yang suka memasak dan buku sedih hanya akan dibeli oleh org yang sedih. Contohnya pada tahun 2009, buku La Tahzan telah mencapai 160000 unit setahun di Malaysia. Hal ini kerana pada tahun itu terdapat krisis kewangan yang melanda negara Malaysia. Judul buku juga perlu bersesuaian dengan semua peringkat umur. Contohnya judul buku berkaitan remaja sebenarnya tidakdibaca oleh remaja tetapi dibaca oleh ibu bapa, guru mahupun kaunselor.


Buku & Penulis
Sebuah buku mestilah minimum mempunyai 48 halaman yang bertulis dan dijilidkan. 48 halaman itu termasuk isi buku, gambar dan iklan tetapi tidak termasuk kulit buku. Seandainya kurang daripada 48 halaman, tidak akan diikhtiraf sebagai buku dan tidak layak untuk memasuki perpustakaan. 

Penulis:
  • Buku akademik (ilmiah):  penulis mesti mempunyai latar belakang akademik. Contohnya buku 'Asas-asas kejuruteraan mekanikal' merupakan buku berkaitan bidang khusus yang memerlukan kepakaran.
  • Buku popular : Tidak memerlukan latar belakang akademik. Contohnya buku-buku motivasi, keibubapaan, novel.
  • Jenis-jens Penulisan:
  • Fiksyen                          - buku2 yg mempunyai unsur cerita eg: novel, cerpen, cerpan
  • Non- fiksyen                  - buku ada fakta, buku akademik, autobiografi
  • Faksyen                         - buku gabungan kedua2 sekali


ALERT!
1.Penulis perlu menulis 'apa yang orang ingin tahu' BUKAN  'apa yang kita tahu'
2.Penulis perlu menulis dengan hati agar isi buku mudah difahami oleh si pembaca.

SIAPA PENULIS SUPER?
  •  Bukunya mesti terlaris.
           Pandai membaca trend pembaca 
           Bulan Disember   - menulis buku-buku berbentuk motivasi kerana awal tahun 
                                         Januari pasti ramai memulakan azam baru dan inginkan motivasi.
           Bulan Februari     - menulis buku-buku berbentuk cinta 
           Bulan September - menulis buku-buku kekeluargaan kerana musim ibu bersalin.
  • Bukunya menjadi evergreen
          Jualan yang konsisten banyak setiap tahun dan berterusan bertahun-tahun.

Hak Cipta


Prinsip-prinsip asas Hak Cipta
- karya adalah asli
- Idea tidak dilindungi hak cipta
- Fakta tak dilindungi hak cipta
- Hak cipta diperolehi secara automatik
- Hak cipta adalah harta

Konvensyen Berne 
Konvensyen Berne bagi Perlindungan Karya Sastera dan Seni, atau Konvensyen Berne, ialah satu perjanjian kawalan hak cipta antarabangsa. Konvensyen Berne mewajibkan setiap negara penandatangannya mengiktiraf hak cipta karya-karya pengarang yang berasal dari negara-negara penandatangan yang lain (iaitu anggota-anggota Kesatuan Berne) seperti mana ia mengiktiraf hak cipta warga-warga sendiri. Konvensyen Berne menyatakan bahawa segala karya-karya kecuali fotografi dan sinematografi kekal berhak cipta selama sekurang-kurangnya 50 tahun selepas kematian pengarangnya, tetapi pihak-pihak berkenaan bebas merundingkan tempoh lebih lama.

Akta Hak Cipta 1987
Jenis2 karya yang tak boleh DITIRU antaranya ialah
1. Karya sastera - novel cerita, ensiklopedia, kamus, surat2, laporan manuskrip
2. Karya muzik -lirik lagu, skor lagu
3. Pengkalan data - koleksi data2 sama ada boleh dibaca, mesin @bentuk lain
4. Karya seni - karya grafik, fotografi, seniukir, karya senibina bangunan, karya pertukangan
5. Gambar & emej
6. Filem
7. Rakaman bunyi -apa2 penetapan siri bunyi yang boleh didengar
8. Pensyiaran
9. Persembahan langsung

IDEA BUKAN HAK CIPTA !

Judul, nama, frasa, jenis huruf, warna, idea, sop , keputusan mahkamah dan teks ucapan kerajaan tidak mempunyai hak cipta


Monday, 2 July 2012

Puisi Buat Papa

Assalamualaikum w.b.t.
Saya suka menulis puisi kerana saya dapat meluahkan espresi perasan saya melalui penulisan. Karya ini sy tujukan buat papa tersayang. Khairuddin bin Jauhar. Adik sayang papa kerana Allah s.w.t.

Papa,
Sinar redup matamu
Bagai angin menghembus ke pipi,
setenang air berombak lembut,
terbuai dalam angan manis,
bersama kasihmu,
bersama sayangmu,
bersama sejuta cinta tak pernah sepi...

Papa,
Kemanisan senyumanmu,
Umpama madu berperisa gula,
Laksana sang lebah menanti bunganya,
Merenjis halwa semanis kurma,
Tak kan kering,
Tak kan pudar,
Meruntun damai sukma jiwa....

Papa,
Genggaman tanganmu,
Seutuh cinta Shah Jahan pada Mumtaznya,
Seteguh tembok China menangkis gelora,
Meresap sayup menujah kalbu,
Mewarnai semula taman nan syahdu...

Papa,
Alun radangmu,
Membadai tika khilaf menjelma,
Nescaya pokok kan goyang,
Saat angin meredah ke pantai,
Bukan niat mencaciku,
Bukan mahu membenciku,
Kerna ilham kasih bertaut,
Sinar teguran jadikan penawar... 

Papa,
Lembayung kesabaranmu,
Memukau sanubari,
Tak terbanding emas permata,
Tak tercipta duka nestapa,
Hatta menangkis kecewa alpa,
Terima rela ujian pencipta...

Papa,
Derita kesakitanmu,
Umpama barah merobek hati,
Mengundang pilu bertalu-talu,
Lalu doa pinta disembuh,
Bersama alunan ayat-ayat Furqan,
Jua bibit-bibit zikrullah,
Berbisik merdu ke jasad sayu.

Papa,
Mungkin kini semua berubah,
Bagai mimpi bersulam duka,
Yang tinggal....
Kerdipan mata seribu makna,
Luntur senyuman nan memudar warna,
Meroboh tembok genggaman cinta,
Hanya air mata merungkai hiba...

Papa,
Ku titip puisi ini buatmu,
Engkaulah satu dalam hatiku,
Cintaku,
Kasihku,
Syurgaku,
Hanya Allah tempatku mengadu, 
Doa mengiringi air mata kusapu....

Kenangan manis kita, takkan adik lupakan ;)

Semoga Allah s.w.t sentiasa memberi perlindungan dan kesembuhan pada papa  ;)
Sabar pa!