Jom kita mulakan bacaan entri kali ni dengan tafsir Ayat Al-Quran, Surah Al-An'am ayat ke 69
"Orang yang bertakwa tidak ada tanggungjawab sedikit pun atas (dosa-dosa) mereka. Tetapi (Berkewajipan) mengingatkan agar mereka (juga) bertakwa"
Saya terpanggil dan bersemangat untuk menulis entri kali ini apabila membaca tafsir di atas. Yes! saya perlu berkongsi ilmu yang telah saya pelajari sepanjang partisipasi dalam KONVENSYEN BIDADARI DUNIA 2012. Selain itu, sebagai kewajipan memperingatkan diri saya dan juga syabab dan akhuwat diluar sana tentang betapa indahnya agama ISLAM yang harus dijaga dan dimuliakan.
Setinggi kesyukuran kepada Ar- Rahman kerana memberi nikmat kesempatan untuk saya menyertai halaqah ilmu ini. Serta jutaan terima kasih tak terhingga buat kakak tersayang NOOR JULIANA BINTI KHAIRUDDIN kerana telah mengajak dan men'sponsor' saya untuk program ini. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas kebaikan achik. Mulut saya tak berhenti mengucap syukur kerana berpeluang menimba ilmu dan melaksanakan transformasi diri demi mencapai keredhaan Allah S.W.T. Semoga segala ILMU bermanfaat. Thanks ALLAH!! i LOVE U!
Konvensyen Bidadari Dunia
24& 25 mac 2012
Pusat Konvensyen Antarabangsa , Putrajaya
Ni dia penganjur program Islamik berskala Mega yang julung kali di adakan di Malaysia. Semoga semua committee mendapat rahmat atas usaha ini. Amin
Booklet yang sangat menarik dan warna warni ;)
Saya mengenakan Jubah ABAYA hadiah daripada kakak tersayang. Thanks Achik! Moga kamu dimurahkan rezeki lagi. AMIN
Alright, without further due, apa yang u'ol fikir bila di tanyakan tentang BIDADARI??
1) Penghuni syurga Firdausi
2) Rupawan, Jelitawan, Bermata Jeli
3) Ganjaran kepada lelaki soleh di Syurga
Tetapi jika ditanya BIDADARI DUNIA?
Mungkin sukar untuk diperjelaskan. Tetapi apa yang perlu diketahui, menjadi bidadari dunia adalah persiapan menjadi bidadari syurga kelak. Namun, harus bertitik tolak dengan mengimpikan 'title' dan berusaha kearah menjadi wanita solehah terlebih dahulu. Jangan risau...nampak macam susah tapi ingatlah Allah S.W.T berfirman dalam surah Al- Insyirah ayat 5-6
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
So, basically matlamat pengisian konvensyen ini adalah untuk melahirkan lebih ramai pendakwah muslimah sejati, membantu para wanita menjadi wanita dan anak solehah dan memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. INSHAALLAH
Para Panelis Yng Hebat:
+Dr Muhaya Mohamad
+ Dr Siti Nor Bahiyah
+ Dr Rubiah Kulop
+ Dr. Harlina Halizah
+ Niki Shuhada Shukor
+ Ummi Roses (Raudhatul Sakinah)
+ Datin Zaleha Omar
+ Wardina Safiyyah
+ Catriona Ross Norhayati Bahrin
+ Nora
+ Dr Rubiah Kulop
+ Dr. Harlina Halizah
+ Niki Shuhada Shukor
+ Ummi Roses (Raudhatul Sakinah)
+ Datin Zaleha Omar
+ Wardina Safiyyah
+ Catriona Ross Norhayati Bahrin
+ Nora
+ Erma Hasmie
+ Fatimah Syarha
+ Jamilah Samian
+ Farazila
+ Ustazah Firus Akhtar
+ Ustazah Amie Sofie
+ Hajah Zawiyah
+ Suryati Daman
+ Fatimah Syarha
+ Jamilah Samian
+ Farazila
+ Ustazah Firus Akhtar
+ Ustazah Amie Sofie
+ Hajah Zawiyah
+ Suryati Daman
Ini merupakan kali pertama dalam hidup saya menyertai konvensyen ISLAMIK yang disertai lebih 3000 peserta khususnya para muslimat. Saya percaya penglibatan para muslimat atas dasar kecintaan terhadap ILMU dan yang paling utama ialah KECINTAAN pada Allah S.W.T .
Konvensyen ini ternyata sangat komprehensif dan padat dengan ilmu dan informasi. Program bermula sekitar jam 8.30 pagi sehingga 11.00 malam. Namun ia langsung tidak mengecewakan. ALHAMDULILLAH. Semuanya berjalan dengan lancar.
Ikuti pengisian selanjutnya dalam Konvensyen Bidadari Dunia 2012 (Part 2).
No comments:
Post a Comment