Saturday, 7 April 2012

KONVENSYEN BIDADARI DUNIA 2012 (PART 2)

Assalamualaikum w.b.t

hye syabab dan akhuwat.!! semoga sihat dan ceria selalu. Jom kita selawat kepada Rasulullah S.A.W sebelum memulakan bacaan entri kali ni .


Alright, jika entri sebelum ini ceritakan mukadimah KONVENSYEN BIDADARI DUNIA 2012, so kali ni saya nak sambung entri yang lepas dan berkongsi serba sedikit tentang pengisian program selama dua hari ini. Semoga bermanfaat. InshaAllah

senyuman tu sedekah ;))

ni dia para muslimah, bidadari dunia yang membanjiri dewan PICC. penuh satu dewan .tepuk tangan untuk mereka!!  ;))


SENYUM-SENYUM SELALU!

Slot pertama dimulakan dengan panelis bernama Fatimah Syarha. Beliau telah memberikan aura dan inspirasi kepada saya. Walaupun bertubuh kecil dan  bersuara halus namun dia wanita yang harus di kagumi dan dicontohi. Beliau adalah seorang novelis islamik terkenal tanahair. Antara karya2 hebat beliau ialah Syabab Musafir Kasih, Pemilik Cintaku Selepas Allah &  Rasul, Tautan Hati dan banyak lagi. Selain tu, beliau juga meruapakan Kolumnis untuk majalah "SOLUSI"

Apa yang saya kagumi tentang fatimah syarha ialah dari aspek pencapaian akademiknya. Beliau merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Kemudian mengambil Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan ‘Master’ di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. 

Subahanallah! Hebatnya. Mudah2an saya juga dapat meneruskan pelajaran pengajian al-quran suatu hari nanti.

Beliau telah mengupas tajuk BIDADARI IMPIAN.

TAHUKAH SIAP WANITA  'HIGH CLASS' DI SISI ALLAH S.W.T??




Rasulullah S.A.W bersabda;

 “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia. Mereka adalah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, istri Rasulullah Saw, dan Fatimah binti Muhammad” (HR. Bukhari)

Inilah dia penghulu bidadari syurga @ wanita HIGH CLASS! 


Mereka inilah seharusnya menjadi model bagi bidadari impian setiap muslimah. Kerana kecintaan dan ketaatan pada Allah S.W.T, mereka telah diletakkan di tempat paling agung disisi Allah S.W.T






1 comment:

  1. Salam.. saya ada dengar dari lecture oleh Shaykh Anwar Al Awlaki- Ke empat empat wanita high class dalam hadith ini di angkatkan darjat mereka begitu tinggi sebab mereka adalah sama ada seorang ibu, anak, dan isteri yang baik dan solehah. sesebuah community menjadi kuat kerana institusi keluarga yang hebat, dan keluar yang hebat datangnya dari ibu yang hebat.

    ReplyDelete