Saturday, 7 April 2012

KONVENSYEN BIDADARI DUNIA 2012 (PART 2)

Assalamualaikum w.b.t

hye syabab dan akhuwat.!! semoga sihat dan ceria selalu. Jom kita selawat kepada Rasulullah S.A.W sebelum memulakan bacaan entri kali ni .


Alright, jika entri sebelum ini ceritakan mukadimah KONVENSYEN BIDADARI DUNIA 2012, so kali ni saya nak sambung entri yang lepas dan berkongsi serba sedikit tentang pengisian program selama dua hari ini. Semoga bermanfaat. InshaAllah

senyuman tu sedekah ;))

ni dia para muslimah, bidadari dunia yang membanjiri dewan PICC. penuh satu dewan .tepuk tangan untuk mereka!!  ;))


SENYUM-SENYUM SELALU!

Slot pertama dimulakan dengan panelis bernama Fatimah Syarha. Beliau telah memberikan aura dan inspirasi kepada saya. Walaupun bertubuh kecil dan  bersuara halus namun dia wanita yang harus di kagumi dan dicontohi. Beliau adalah seorang novelis islamik terkenal tanahair. Antara karya2 hebat beliau ialah Syabab Musafir Kasih, Pemilik Cintaku Selepas Allah &  Rasul, Tautan Hati dan banyak lagi. Selain tu, beliau juga meruapakan Kolumnis untuk majalah "SOLUSI"

Apa yang saya kagumi tentang fatimah syarha ialah dari aspek pencapaian akademiknya. Beliau merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Kemudian mengambil Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan ‘Master’ di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. 

Subahanallah! Hebatnya. Mudah2an saya juga dapat meneruskan pelajaran pengajian al-quran suatu hari nanti.

Beliau telah mengupas tajuk BIDADARI IMPIAN.

TAHUKAH SIAP WANITA  'HIGH CLASS' DI SISI ALLAH S.W.T??




Rasulullah S.A.W bersabda;

 “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia. Mereka adalah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, istri Rasulullah Saw, dan Fatimah binti Muhammad” (HR. Bukhari)

Inilah dia penghulu bidadari syurga @ wanita HIGH CLASS! 


Mereka inilah seharusnya menjadi model bagi bidadari impian setiap muslimah. Kerana kecintaan dan ketaatan pada Allah S.W.T, mereka telah diletakkan di tempat paling agung disisi Allah S.W.T






Tuesday, 3 April 2012

Konvensyen Bidadari Dunia 2012 (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t  buat syabab dan akhuwat yang dirahmati Allah S.W.T.

Jom kita mulakan bacaan entri kali ni dengan tafsir Ayat Al-Quran, Surah Al-An'am ayat ke 69



"Orang yang bertakwa tidak ada tanggungjawab sedikit pun atas (dosa-dosa) mereka. Tetapi (Berkewajipan) mengingatkan agar mereka (juga) bertakwa"


Saya terpanggil dan bersemangat untuk menulis entri kali ini apabila membaca tafsir di atas. Yes! saya perlu berkongsi ilmu yang telah saya pelajari sepanjang partisipasi dalam KONVENSYEN BIDADARI DUNIA 2012. Selain  itu, sebagai kewajipan memperingatkan diri saya dan juga syabab dan akhuwat diluar sana tentang betapa indahnya agama ISLAM yang harus dijaga dan dimuliakan.

Setinggi kesyukuran kepada Ar- Rahman kerana memberi nikmat kesempatan untuk saya menyertai halaqah ilmu ini. Serta jutaan terima kasih tak terhingga buat kakak tersayang NOOR JULIANA BINTI KHAIRUDDIN kerana telah mengajak dan men'sponsor' saya untuk program ini. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas kebaikan achik. Mulut saya tak berhenti mengucap syukur kerana berpeluang menimba ilmu dan melaksanakan transformasi diri demi mencapai keredhaan Allah S.W.T. Semoga segala ILMU bermanfaat. Thanks ALLAH!! i LOVE U!

Konvensyen Bidadari Dunia
24& 25 mac 2012
Pusat Konvensyen Antarabangsa , Putrajaya

Ni dia penganjur program Islamik berskala Mega yang julung kali di adakan di Malaysia. Semoga semua committee mendapat rahmat atas usaha ini. Amin

Booklet yang sangat menarik dan warna warni ;)

 Saya mengenakan Jubah ABAYA hadiah daripada kakak tersayang. Thanks Achik! Moga kamu dimurahkan rezeki lagi. AMIN


Alright, without further due, apa yang u'ol fikir bila di tanyakan tentang BIDADARI??
1) Penghuni syurga Firdausi
2) Rupawan, Jelitawan, Bermata Jeli
3) Ganjaran kepada lelaki soleh di Syurga 

Tetapi jika ditanya BIDADARI DUNIA?

Mungkin sukar untuk diperjelaskan. Tetapi apa yang perlu diketahui, menjadi bidadari dunia adalah persiapan menjadi bidadari syurga kelak. Namun, harus bertitik tolak dengan mengimpikan 'title'  dan berusaha kearah menjadi wanita solehah terlebih dahulu. Jangan risau...nampak macam susah tapi ingatlah Allah S.W.T berfirman dalam surah Al- Insyirah ayat 5-6

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

So, basically matlamat pengisian konvensyen ini adalah untuk melahirkan lebih ramai pendakwah muslimah sejati, membantu para wanita menjadi wanita dan anak solehah dan memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. INSHAALLAH

Para Panelis Yng Hebat:
 +Dr Muhaya Mohamad
+ Dr Siti Nor Bahiyah
+ Dr Rubiah Kulop
+ Dr. Harlina Halizah 
+ Niki Shuhada Shukor
+ Ummi Roses (Raudhatul Sakinah)
+ Datin Zaleha Omar
+ Wardina Safiyyah 
+ Catriona Ross Norhayati Bahrin
+ Nora 
+ Erma Hasmie 
+ Fatimah Syarha 
+ Jamilah Samian
+ Farazila
+ Ustazah Firus Akhtar
+ Ustazah Amie Sofie
+ Hajah Zawiyah
+ Suryati Daman



Ini merupakan  kali pertama dalam hidup saya menyertai konvensyen ISLAMIK yang disertai lebih 3000 peserta khususnya para muslimat. Saya percaya penglibatan para muslimat atas dasar kecintaan terhadap ILMU dan yang paling utama ialah  KECINTAAN pada Allah S.W.T . 

Konvensyen ini ternyata sangat komprehensif dan padat dengan ilmu dan informasi. Program bermula sekitar jam 8.30 pagi sehingga 11.00 malam. Namun ia langsung tidak mengecewakan. ALHAMDULILLAH. Semuanya berjalan dengan lancar.

Ikuti pengisian selanjutnya dalam Konvensyen Bidadari Dunia 2012 (Part 2).