Sunday, 18 November 2012

Ulang Tahun Perkahwinan ke- 39!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Mabruk buat kedua ayahanda dan bonda ana yang tercinta atas ulang tahun perkahwinan mereka yang ke- 39 tahun. Syukur kepada Allah s.w.t atas rahmatNya sehingga hari ini, cinta dan kasih sayang papa dan ibu sebagai suami isteri mekar sehingga keusia emas. Bukan umur jadi ukuran namun kualiti kebersamaan, ketaqwaan, kebahagiaan dan kesetiaan antara papa dan ibu adalah lambang sebuah keluarga mawaddah warahmah.

Tiga puluh sembilan tahun, suatu masa yang panjang. .Banyak kenangan manis dan onak dirempuh bersama-sama untuk membesarkan seorang hero soleh  dan enam heroin solehah. Berkat kesabaran dan ketabahan, anak-anak papa dan ibu membesar dengan sihat dan berjaya. Pejam celik, pejam celik  setahun lagi menjangkau ke usia empat puluh tahun perkahwinan.. Adik sangat mengkagumi kemesraan antara papa dan ibu yang tercipta atas dasar kasih sayang dan hormat menghormati. Sungguh bertuah adik menjadi anak kepada papa dan ibu. Alhamdulillah.

Jika dihitung dengan emas pertama, tiada yang dapat menjadi galang ganti berharganya papa dan ibu buat adik.

Jika dikira penat lelah menjaga papa dan ibu, tiada sedikit pun bernilai peluh adik yang menitik berbanding kesusahan dan kesabaran papa dan ibu untuk membesarkan adik.

Jika dibandingkan kasih sayang adik pada papa dan ibu, tiada apa yang boleh disamakan umpama langit dan bumi curahan kasih sayang papa dan ibu kepada adik.

Ya Allah, Redhailah papa dan ibu ku dan Rahmatilah kedua mereka.
Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat kedua ibu bapa yang Engkau anugerahkan sehingga kini aku masih mampu menatap muka dan mencium mereka.

Ya Allah, Kasihilah papa dan ibu, sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.
Ya Allah, aku sayang mereka kerana Mu, ketemukanlah kami nanti di syurga firdausi...

Amin Ya Rabbal A'lamin

Kek Indulgence buat Ibu tersayang


Keluarga Khairuddin dan Kamaliah


Saturday, 17 November 2012

ANA & ISTIKHARAH

Assalamualaikum w.b.t.

Sungguh rindu  untuk menaip entri di blog. Sudah lama ana terhenti. Semoga antum semua sihat walafiat. Dilimpahkan lembayung oleh Allah s.w.t. Amin.

Entri kali ini adalah mengenai  ana dan istikharah. .

Sejujurnya, solat istikharah bukanlah suatu kelaziman bagi diri ana, namun mungkin kali ini, Allah s.w.t telah menyuntik hidayah dan mengilhamkan sebuah persoalan yang mengharuskan ana membuat pilihan, bahkan mendatangkan ana perasaan ragu-ragu.

Lalu, bertitik tolak dari itu, ana dengan rasa rendah diri dan mengharap dan memohon petunjuk dan panduan dari pencipta diri ana, Allah Az-zawajalla. Ya, sepatutnya sejak dulu lagi ana harus memohon istikharah daripadaNYA. Namun ana terlupa. . . Ya Allah, ampunkan kesalahanku, aku sedar saat aku mula dihimpit rasa ragu ragu untuk memilih baru aku kembali memohon padaMu. . .Ampunkanlah aku. . .

Manusia hanya merancang, Allah s.w.t jua yang menentukan, dan begitulah fitrah manusia yang lemah sering ragu-ragu dalam membuat pilihan mahupun keputusan  walaupun sudah dikurniakan akal fikiran yang hebat. Kerana itu, Allah s.w.t melalui perantaraan RasulNya, membuka ruang untuk hamba-hambaNya memohon petunjuk dan panduan daripadaNya melalui dua rakaat solat istikharah.

Ketaatan dan adab sopan seorang hamba terhadap Penciptanya adalah sebuah manifestasi daripada ISTIKHARAH. Dengan mengajukan permohonan kepada Allah s.w.t  sebelum melakukan  suatu pekerjaan, seorang hamba itu sebenarnya mempamerkan akhlak orang beriman, beramal soleh dan merendah diri di hadapan Tuhan yang menjadikannya.

Istikharah pada istilahnya ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon pertunjuk Allah s.w.t dalam memilih atau melakukan sesuatu perkara atau urusan. Ini berlaku sekiranya seseorang itu masih ragu-ragu dengan pilihannya sama ada untuk meneruskan sesuatu pekerjaan atau sebaliknya.

Tetapi....

Perlu diingat suatu permintaan atau pilihan hendaklah perkara yang diharuskan dalam Islam seperti:

menentukan jodoh,
memilih universiti yang sesuai, 
membeli suatu barangan seperti rumah, kereta dan tanah,

atau apa sahaja hajat selagi tidak menyalahi syarak.

Hal ini berdasarkan hadis Jabir bin Abdullah r.a yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w mengajar sahabat Baginda melakukan solat Istikharah dalam segala urusan mereka, sebagaimana Baginda mengajar mereka satu surah Al-Quran. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Jika ada sesiapa antara kamu yang bercita-cita untuk melakukan sesuatu, hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat kemudian membaca;"



Alhamdulillah.. Alhamdulillah. . sejak ana melakukan solat Istikharah, hati ana terasa tenang dan lapang untuk membuat pilihan dan keputusan. Sesungguhnya Allah s.w.t jua sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui. Ana hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Ana berserah dan bertawakkal.


#Rujukan : Ensiklopedia Solat, (Kombinasi Fakta Hukum dan Sains)

Sunday, 11 November 2012

YANG TERISTIMEWA, WAHAI MUSLIMAH

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar antum semua? Ana harap semoga antum berada dalam keadaan  tubuh badan yang sihat, senyuman yang ceria, pemikiran yang positif dan dilimpahkan rahmat dan nikmat daripada Allah s.w.t. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Entri kali ini, ana mahu kongsikan sesuatu yang cukup istimewa. Sehinggakan ana jika teringat akan perkara ini pasti hati rasa berbunga-bunga. Ya Allah, beruntungnya diciptakan sebagai seorang wanita.  Apa yang ana kongsikan ini mungkin ada yang sudah mengetahui dan ada yang tidak. Jadi, ana berniat baik untuk menyebarkan ilmu yang ana perolehi dan kemudian ana akan menghuraikan lebih lanjut mengikut pandangan ana. Walaupun entri ini tajuknya nampak condong kearah wanita, tetapi para akhi amat digalakkan untuk membaca kerana ana pasti suatu hari akan hadir seorang wanita yang istimewa dalam hidup antum. ;)
Semoga bermanfaat. InshaAllah.


10 Wasiat Rasulullah S.A.W kepada puterinya Fatimah Az-Zahra'

"Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu."

"Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah."

"Ya Fatimah, tiadalah seseorang yang meminyakkan rambut anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang."

"Ya Fatimah, tiadalah wanita  yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak."

"Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak redha padamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah."

"Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur, akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu org yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohon keampunan baginya hingga hari kiamat."

"Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebajikan. Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah."

"Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum dihadapan suaminya, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan yang penuh kasih."

"Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan rasa senang hati melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosa yang telah lalu dan yang akan datang."

"Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatkannya, meminyakkan janggut dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan Allah memberikan minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudah sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari seksa neraka serta dapat melintasi titian sirat dengan selamat."

Rujukan : Biografi Agung Rasulullah S.A.W, Rusydi Ramli Al-Jauhari

MashaAllah..Tabarakallah.

Teramat istimewa sekali diri  kita ini wahai muslimah. Alhamdulillah!

Maha Suci Allah diatas sifat penyayang dan pemurahNya kepada kaum Hawa. Malah dijanjikan syurga kepada wanita setelah menjadi ibu dan isteri. Walaubagaimanapun dengan syarat wanita perlulah menjadi isteri yang taat kepada suami dan ibu mithali & penyayang kepada anak-anak soleh& solehah.

Apakah kita sebagai wanita masih tidak bersyukur dan sedar?

Wasiat ini sangat menarik dan boleh dijadikan renungan serta pedoman bersama. Sungguhpun wasiat ini ditujukan kepada Fatimah Az-Zahra, namun kita sebagai muslimah perlu menjadikannya sebagai ikhtibar dan amalan. 

Untuk mengecapi sebuah institusi kekeluargaan yang bahagia dan hormani, mesti mewujudkan suasana kasih sayang. Kasih sayang adalah resepi atau kunci kebahagian antara suami, isteri dan anak-anak. Bila hadirnya rasa kasih sayang, akan timbul sifat pencinta, penyayang, penyabar, toleransi dan pelbagai lagi sifat mahmudah yang akhirnya membina hubungan kekeluargaan yang makin erat dan ikhlas.  

Luaskan Jaringan Kasih Sayang.

Kasih sayang dalam rumah tangga bukan setakat hubungan suami isteri. Malah ia juga melibatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Jika kita ikuti  paparan berita mutakhir, peningkatan kadar perceraian dan permasalahan ibu bapa dan anak-anak semakin hari semakin meningkat  dan mendukacitakan. Masalah dalam institusi kekeluargaan tidak harus dipandang sepi dan enting dan oleh sebab itu amat mustahak untuk kita semua bermuhasabah sejauh mana rumah tangga kita subur dengan kehangatan kasih sayang.

Abu Umamah berkata: "Rasulullah s.a.w pernah melihat seorang ibu dengan dua orang puterinya, seorang didukung dan seorang lagi dipimpin tangannya.  Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: 'Kamu ibu yang tabah dan penyayang. Apabila mereka (ibu-ibu) tidak derhaka lepada suami, maka sesiapa yang menjaga solat pasti akan masuk syurga." (Riwayat Ibn Majah)

Ana percaya jika wasiat Rasulullah s.a.w kepada Fatimah Az-Zahra ini dijadikan panduan oleh para muslimah, inshaAllah keluarga akan mengecapi 'sakinah'. Janganlah kita mencipta pelbagai alasan untuk tidak mahu melakukan amalan-amalan seperti yang diwasiatkan. "Sibuklah, Malulah, Tiada masalah, Orang gaji adalah, Penatlah dan pelbagai alasan lagi". Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ingat, untuk memperolehi kebahagiaan, kita perlu membahagiakan orang terlebih dahulu. ;)

Ada sahabat ana cakap, macam mana kita nak buat tepung dan mengisar gandum tu? Tak payahlah kita samakan gandum. Perumpaannya sama seperti kita ingin menyediakan makanan pada suami dan anak-anak tetapi bersusah payah hendak siapkan masakan tu. Habis menitis-nitis peluh hanya kerana mahu menghidangkan hidangan terbaik buat keluarga, sudah pasti ganjaran yang Allah s.w.t kurniaan adalah sama.

Kadang-kadang, perkara paling mudah selalu kita tidak hiraukan. Tindakan hanya dengan meminyak dan menyikat rambut anak-anak, Allah s.w.t  telah kurniakan bonus pahala yang sangat besar. MashaAllah.  Mungkin hari ini, ibu mahukan anak-anak berdikari menyiapkan diri mereka sendiri, dan ibu tidak punya masa untuk mencuci pakaian anak-anak mereka akibat kesibukan bekerja, namun begitu setelah mengetahui wasiat ini, layaklah seorang ibu untuk memberikan sedikit masa  demi menyempurnakan keperluan anak-anak. Yakinlah bahawa setiap tindakan kita pasti punya hikmah seribu makna.

Mengetahui bahawa sewaktu mengandung, wanita  diampunkan dosa-dosanya, Allah menetapkan setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan, apa yang ana boleh katakan beruntunglah kamu wahai ibu-ibu. Allahuakhbar!. Walaupun ana tidak punya pengalaman, namun ana tetap berasa gembira dan mengucap syukur di atas kemurahan Rahmat  daripada Allah s.w.t. Dan yang paling istimewa ialah setelah melahirkan anak, sudahlah dikurniakan anak yang suci bersih tanpa dosa, ibu juga turut sama dihapuskan segala dosa-dosanya. Subhanallah.

Isteri yang taat serta pandai mengambil hati dan melayani suami dengan ikhlas pasti akan disayangi sepenuh hati oleh suaminya. Tak payah nak fikir berat sangat cara nak mengambil hati suami, hanya dengan senyum dihadapan suami, Allah s.w.t akan memandangnya dengan penuh kasih. Apabila suami redha dengan isterinya, pasti Allah s.w.t redha dengannya. Bila suami nak marah, isteri senyum sahaja, terus tak jadi nak marah. Sejuk terus hati. Aset wanita adalah sifat pemujuk. Pujuklah dengan senyuman. :).  (Walaupun ana tiada pengalaman, tapi ana fikir dari hubungan antara ana dan papa. Bila papa nak marah, ana senyum, nanti dia senyum juga, terus tak jadi marah)). Ingat wanita, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah. 

Antum perasan tak, ibu-bapa atau tok-nenek kita dulu semasa berduaan atau ketika bersama mesti sangat romantik kan? Kita boleh nampak mereka berpegang tangan, sikatkan rambut suami, ikatkan rambut isteri, isteri bentangkan tempat tidur. Dan sedar tak sedar, rumah tangga mereka sentiasa aman, kekal sehingga ke usia tua. Jika dulu, mana lah kita akan dengar kes-kes perceraian. Itulah penting menyemarakkan rasa kasih sayang antara suami isteri. Allah s.w.t menyukai hambanya berbuat baik kepada suami. Beruntunglah para isteri.

Ketepikan soal malu dan ego, tapi benihkanlah nilai kasih sayang antara suami isteri. Mungkin isteri ada mengadu suami tak romantik, suami pelik bila isteri nak sikat dan minyakkan rambut. Suami pandailah buat sendiri. Hal yang demikian, isteri harus menjelaskan secara baik kenapa isteri buat begitu pada suami. :)

Zaman sekarang di bilik tidur siap ada katil dengan comforter empuk, jadi apa lagi nak bentangkan alas tidur? Kalau dan sedia ada baguslah. Makanya isteri hanya perlu menyediakan keadaan yang terbaik kepada suami sebelum suami masuk tidur. Sediakan apa yang patut seperti kelambu moden, selimut, bantal dan mungkin ubat nyamuk :)

Akhir kalam,

Wasiat ini jelasnya bukan hanya tertumpu pada zaman Rasulullah s.a.w sahaja, tetapi ialah merupakan wasiat sepanjang zaman. Marilah kita sama-sama, para muslimah yang sudah menjadi isteri, ibu dan masih bujang untuk menjadikan wasiat ini sebagai tips membina kebahagiaan rumah tangga dan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Apabila kita mendekatkan diri dengan Allah dan niat perkahwinan yang dibina untuk mencari keredhaan Allah, InshaAllah kita akan beroleh kebahagian di dunia dan akhirat dan berjaya mengharungi cabaran dalam rumah tangga.

Buat para akhi, yang sudah berkahwin atau belum berkahwin, ingatkanlah isteri dan bakal isterimu tentang wasiat Rasulullah s.a.w kepada puterinya Fatimah Az-Zahra' ini. Dan berilah ruang kepada para isteri untuk meluaskan jaringan kasih sayang mereka dengan menunjukkan sifat kasih dan manja  kepada si suami.

^_^"

Waulahua'lam


Thursday, 1 November 2012

Hati - hati Menjaga Hati.

Assalamualaikum w.b.t.

Buat sahabat yang dikasihi. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t Agak lama sudah tidak mengemaskini blog ana ni. Agak sibuk untuk beberapa ketika. Jadi kali ini ana nak share ilmu tentang tajuk 'HATI-HATI MENJAGA HATI'. Tajuk menarik kan?  ;). Sebenarnya kata-kata ini dipetik daripada seorang penulis dan pendakwah yang ana kagumi iaitu Ust. Pahrul Md Juoi.

Jazakallahu khayr ustaz, di atas perkongsian ilmu di Seminar Baitul Muslim tempoh hari. Semoga Allah s.w.t meredhai ilmu yang disebarkan. Amin.


Sabda Rasullulah s.a.w:

‘Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.’


Pada tahap skala manakah kedudukan hati kita? suci bersih atau kotor kusam?

Apabila melibatkan persepsi tentang perikalu seseorang manusia pasti dikaitan dengan hati.

Seorang Dermawan : "Encik A ni rajin sangat bersedekah. Hati die memang baik"

Seorang Pencaci : " Ishh.. Cik B ni suka sangat mencarut. Hati dia memang busuk!


Lihat, benar apa yang Rasulullah s.a.w sabdakan. Perilaku manusia bersangkutan dgn peranan hati yang dipupuk oleh manusia itu sendiri. Samaada ingin menjadikan hati suci bersih atau kotor kusam.

Bila berbicara tentang baitul muslim / perkahwinan, peranan hati yang baik membantu pasangan untuk mengemudi bahtera perkahwinan dengan lebih cemerlang. Itulah sebab perlu adanya pengurusan hati.

Bagaimana nak mengurus hati?

"Dua hati, satu rasa = perkahwinan"

Oleh itu, suami isteri perlu bersatu hati dengan kaedah :
1. memanfaatkan  persamaan 
2. menguruskan perbezaan

Jika tiada pengurusan hati, pasti kita akan melihat perbezaan sebagai negatif yang akhirnya mengundang pergaduhan, terkecil hati dan dendam.

Suami isteri harus sedar bahawa bila ada kepelbagaian, baru ada keistimewaan seperti mana fitrah Allah s.w.t  menjadikan manusia yang berbeza antara satu sama lain.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).  Surah Al-Hujurat: ayat 13

Seseorang mempunyai hati yang bersih, pastinya imannya cukup mantap. Hal ini kerana dia menjaga sebaik mungkin hatinya daripada anasir dosa yang akan menyebabkan kemurkaan Allah s.w.t dan merawat hati dengan amalan-amalan mengagungkan Allah s.w.t dan sentiasa meningkatkan pahala dirinya.
Bila adanya iman, akan hadir kasih sayang. Itulah sebab perlunya mencari pasangan yang beragama dan beriman pada tali Allah s.w.t. Kerana akhirnya akan menimbulkan perasaan kasih sayang antara suami isteri dan penyatuan hati.

Makin tinggi iman pada Allah s.w.t,

Makin tinggin kasih sayang sesama manusia,

*Iman berkadar terus dengan kasih sayang"

Mudahkan? ;)

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya". (HR- Al-Hakim)


Bagaimana iman menyatukan hati manusia?

HUKUM KASIH SAYANG = JIKA MAHU KASIH SAYANG, KENA BERI DAHULU KASIH SAYANG.

tapi, mengapa tak boleh memberi kasih sayang?

Hal ini disebabkan oleh dua punca iaitu EGO dan PENTINGKAN DIRI. 

Itulah penting iman untuk leburkan kedua-dua cas negatif ini. Bila dah tiada sifat mazmumah, baru iman dapat satukan hati-hati manusia. Maka jagalah hati-hati kita untuk dapatkan iman yang sempurna dan akhirnya hadirkan kasih sayang hanya kerana Allah s.w.t

Akhir kalam, sayangi diri kita untuk sayangi orang lain. Bila kita sayangi diri kita, kita akan kenal pencipta. Bila kita tak kenal dan cinta pada pencipta, Allah s.w.t kita tidak akan sayangi diri dan tiadalah iman dalam hati.

Waullahu'alam