Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Syukur di panjatkan pada Allah s.w.t di atas nikmat kurniaNya pada 27 May yang lepas saya telah pertama kali dan officially menjadi Sukarelawan Aqsa Syarif cawangan Subang Jaya. ;)
Aqsa Syarif (AQ) telah buka booth di Putrajaya Convention Centre (PICC) sempena dengan Program Super Parents yang dianjurkan oleh iLuvIslam.com. Sy happy sgt bila dah confirm dapat join event kali ni. Jadi, pagi2 lagi sy dah siap keluar rumah dari Banting ke Putrajaya (PICC).
Pertama kali menjadi volunteer ni, ermm..mula2 agak segan. Yelah, xkenal sapa2. Volunteer and admin semuanya berhubung melalui facebook. Xpena bersua muka lagi. Alhamdulillah setiba je di booth, kak Leny ( Dr. Leny) terus ckp.. "ni Rafi ye?"...rase segan n takut2 terus hilang. =)
Menjadi volunteer AQ sangat senang. Just jaga booth, jadi penjual barang dan jadi jurucakap. Kami ni merangkap "duta kecil" Malaysia yang membantu dalam pejuangan rakyat Palestin. Semoga dengan usaha yang sangat2 kecil ini, sedikit sebanyak dapat membantu sahabat2 di Gaza dan Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan kami untuk menyalurkan bantuan kepada mereka. Amin. Walaupun keje agak simple, tapi dalam hati sy ni rasa sangat best, happy dan bersyukur sgt2 sebb berpeluang jdi volunteer.
Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w : “ perumpamaan seorang muslim dengan muslim yang lain adalah seperti sebuah binaan, ia saling menguatkan.”.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang diriwayatkan oleh Muslim : “Perumpamaan orang-orang mukmin pada kasih sayang, rahmat dan perasaan mereka adalah seperti sebuah jasad, apabila sebuah anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut berasa sakit.”.
Sabda Rasulullah s.a.w juga : “sesiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam maka dia bukan dari kalangan mereka.”.
Apabila membaca hadis Rasulullah s.a.w kekasih hati sy ni, sy pun terfikir apelah sumbangan sy pada saudara2 di Palestin sana tu. Jadi sy dh berazam nak jadi volunteer untuk AQ semasa menyertai Konvensyen Bidadari Dunia yang lepas. Memandangkan sekarang dah ada masa lapang, inshaAllah boleh la beri komitmen sedikit pada group AQ subang jaya ni. Semoga Allh s.w.t menetapkan hati sy dan mempermudahkan urusan sy untuk mendapatkan keredhaanNYA.
Saya juga pasang niat mudah2an, suatu hari nnt sy dapat pergi ke Palestin, membantu sahabat2 di sana secara langsung dan dapat juga menunaikankan Solat di Masjid Al-Aqsa.
"Ya Allah, perkenankanlah doaku dan bantulah saudaraku di Palestin "...
Mafla Aqsa Syarif
Booth Aqsa Syarif
Volunteer
Bersama para2 senior AQ
p/s: untuk entri yang akan datang, inshaAllah saya akan ceritakan tentang AQSA Syarif Berhad ;)
ada jual mafla tu x??
ReplyDelete