Saturday 17 November 2012

ANA & ISTIKHARAH

Assalamualaikum w.b.t.

Sungguh rindu  untuk menaip entri di blog. Sudah lama ana terhenti. Semoga antum semua sihat walafiat. Dilimpahkan lembayung oleh Allah s.w.t. Amin.

Entri kali ini adalah mengenai  ana dan istikharah. .

Sejujurnya, solat istikharah bukanlah suatu kelaziman bagi diri ana, namun mungkin kali ini, Allah s.w.t telah menyuntik hidayah dan mengilhamkan sebuah persoalan yang mengharuskan ana membuat pilihan, bahkan mendatangkan ana perasaan ragu-ragu.

Lalu, bertitik tolak dari itu, ana dengan rasa rendah diri dan mengharap dan memohon petunjuk dan panduan dari pencipta diri ana, Allah Az-zawajalla. Ya, sepatutnya sejak dulu lagi ana harus memohon istikharah daripadaNYA. Namun ana terlupa. . . Ya Allah, ampunkan kesalahanku, aku sedar saat aku mula dihimpit rasa ragu ragu untuk memilih baru aku kembali memohon padaMu. . .Ampunkanlah aku. . .

Manusia hanya merancang, Allah s.w.t jua yang menentukan, dan begitulah fitrah manusia yang lemah sering ragu-ragu dalam membuat pilihan mahupun keputusan  walaupun sudah dikurniakan akal fikiran yang hebat. Kerana itu, Allah s.w.t melalui perantaraan RasulNya, membuka ruang untuk hamba-hambaNya memohon petunjuk dan panduan daripadaNya melalui dua rakaat solat istikharah.

Ketaatan dan adab sopan seorang hamba terhadap Penciptanya adalah sebuah manifestasi daripada ISTIKHARAH. Dengan mengajukan permohonan kepada Allah s.w.t  sebelum melakukan  suatu pekerjaan, seorang hamba itu sebenarnya mempamerkan akhlak orang beriman, beramal soleh dan merendah diri di hadapan Tuhan yang menjadikannya.

Istikharah pada istilahnya ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon pertunjuk Allah s.w.t dalam memilih atau melakukan sesuatu perkara atau urusan. Ini berlaku sekiranya seseorang itu masih ragu-ragu dengan pilihannya sama ada untuk meneruskan sesuatu pekerjaan atau sebaliknya.

Tetapi....

Perlu diingat suatu permintaan atau pilihan hendaklah perkara yang diharuskan dalam Islam seperti:

menentukan jodoh,
memilih universiti yang sesuai, 
membeli suatu barangan seperti rumah, kereta dan tanah,

atau apa sahaja hajat selagi tidak menyalahi syarak.

Hal ini berdasarkan hadis Jabir bin Abdullah r.a yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w mengajar sahabat Baginda melakukan solat Istikharah dalam segala urusan mereka, sebagaimana Baginda mengajar mereka satu surah Al-Quran. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Jika ada sesiapa antara kamu yang bercita-cita untuk melakukan sesuatu, hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat kemudian membaca;"



Alhamdulillah.. Alhamdulillah. . sejak ana melakukan solat Istikharah, hati ana terasa tenang dan lapang untuk membuat pilihan dan keputusan. Sesungguhnya Allah s.w.t jua sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui. Ana hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Ana berserah dan bertawakkal.


#Rujukan : Ensiklopedia Solat, (Kombinasi Fakta Hukum dan Sains)

No comments:

Post a Comment