Allahu Akhbar
Allahu Akhbar
Allahu Akhbar
Walilla Hilhamd..
Alhamdulillah..Syukur ke hadrat ilahi dengan kedatangan syawal setelah menempuhi bulan Ramadhan yang istimewa dan barakah. Semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa saya dan membebaskan diri saya dari azab api neraka..Amin..
Disamping itu juga, segala amalan saya di bulan ramadhan diterima dan saya tetap istiqomah dalam melakukan amalan2 sunat dibulan2 berikutnya seperti mana saya lakukan sepanjang bulan Ramadhan..Amin..
Malam raya kali ini, kami sekeluarga menyambut hari lahir anak sedara yang ketiga, Nur Hawa Deanna binti Shahrenn yang ke 2 tahun. Alhamdulillah.. Semoga hawa menjadi anak yang solehah, taat pada Allah s.w.t dan ibu bapa. amin. Acu sayang hawa!! ^_^"
As usual, kerja saya selepas itu, adalah menggosok baju2 raya , ibu, along n kakak2..anak bongsu memang beginilah..tpi saya ok. je..sebb yg lain busy dengan kerja lain..
Jika tahun lepas, kami sekeluarga beraya di hospital, alhamdulillah kali ini kami dapat beraya dirumah.. Yang ada dirumah untuk raya pertama kali ini ialah, famili alang n atam, ibu, achik, along dan sy...
Tahun ini saya berniat untuk menemani dan menyiapkan papa dipagi raya. So sy tak pergi ke masjid untuk menunaikan solat hari raya..
Pagi2 sudah readykan baju melayu papa, mengelap dan membersihkan badan papa. Saya juga membuat sedikit regangan pada kaki dan tangan papa, agar otot2 kaki dan tangan papa longgar so relax lah sikit papa rasa..
selesai itu, pakaikan papa baju kemeja warna hijau, letakkan sedikit wangian di badan dan akhirnya pakaikan papa ketayap..
mashaAllah..hensemnya papa.. ;). comel sangat!!!!
Alhamdulillah. papa nampak macam org yg sihat je..^_^"
Memandangkan hanya saya yang berseorang di rumah, jadi sy ambil kesempatan memohon ampun dan maaf atas segala dosa2 sy pada papa terdahulu
"papa, ampunkan dosa adik, halalkan makan dan minum adik, adik sayang papa, kita jumpa di syurga ye nanti"...
Papa faham rasanya..papa just kelip2 mata...
terima kasih papa. I LOVE U!! ;)..
Bila ibu n yang lain balik solat raya, semua pakat g meja makan sebb lapa.. as usual, ibu masak rendang ayam, rendang daging..sedap sgt!. additional lemang..(faveret ibu)..
After done makan2, sesi memaaf-maafan, suasana pilu bila kakak2 minta maaf kat papa..saya pun xdapat nak tahan ayaq mata ni..huuu...bila sampai turn sy depan ibu, yang teluah ialah,
"terima kasih ibu sebb jaga papa".
Ya, Allah, Saya amat bersyukur dikurniakan ibu yang sabar, cekal, taat dan cinta pada suaminya..semoga Allah s.w.t tempatkan ibu di syurga nnt. Amin..
Alhamdulillah,syawal kali ini meriah apabila sanak saudara dan sahabat tidak putus2 menziarahi papa dan beraya dirumah saya selama seminggu berturut2.. Moga kedatangan mereka membawa berkat dan mengeratkan lagi ikatan silaturrahim di antara kami...
Keluargaku syurgaku...
Muahhhh. Adik Sayang Ibu!!! ibu tersayang, Puan Kamaliah Ibrahim
Imam muda Luqman Fitri bersama wan yang comel ^_^"